Pages

Isnin, 16 September 2013

City Escape; Bukit Tabur




Sebenarnya sudah agak lama aku tak melibatkan diri dalam aktiviti luar macam ni dek kerana kesibukan tugas dan buat-buat sibuk dengan kerja. Minggu lepas bersembang dengan Azri nak pergi hiking, tiba-tiba pulak dia terus mesej semalam, “Jom pergi hiking Bukit Tabur, besok pukul 7.00 pagi tepat kita gerak.”

Akhirnya, Pagi tadi, pukul 8.00 pagi baru gerak.   Semalam katanya ada lagi nak pergi sekali, akhirnya, tinggal kami berdua sahaja pergi. Sampai di lokasi, Rasyidi dah tunggu, awal juga dia sampai. Buat sedikit regangan, jam 8.30 pagi kami terus mula mendaki. 5 minit pertama, aku sudah tercungap-cungap, lama sudah tak exercise. Tak lama, dah mula dapat rentak, badan dah mula cergas. Di checkpoint no 1, kami berhenti seketika, menikmati matahari naik kabus ada sedikit, ternampak bukit Broga di sebelah sana. Matahari sudah mula naik, kami teruskan perjalanan tanpa lengah kerana perjalanan masih lagi jauh.

Naik lagi tinggi, aku perasan, pokok-pokok dah mula lain, pokok disini, tiada di tanah rendah. Daunnya halus dan nipis, batangnya seakan-akan kain dipulas dengan tangan untuk dikeringkan. Landskap semulajadi yang didominasi pokok ni, seakan-akan berada di negara iklim sejuk, ala-ala cerita Lord Of The ring pun ada. Haha. Di puncak ini, kebanyakannya berbatu yang tidak berbentuk, dan agak berbahaya kalau tidak berhati-hati. Laluan agak senang pada mulanya sehinggalah aku terpaksa ke bongkah batu di seberang yang hanya dihubungkan dengan 2 batu yang cukup-cukup dua belah kaki saiznya. Jujur, aku agak gayat disitu, sudahlah tinggi, tiada tempat berpaut cukup hanya berpijak pada batu sekecil itu. Mujurlah hanya dua batu..

Seperti biasa, turun dan naik lurah itu lumrah mendaki. Walaupun kami hanya bertiga, sampai diatas ini seperti rombongan sekolah. Ramai juga warga kota mendaki. Maklu sahajalah, di kota konkrit ni, walaupun pejabat di tingkat 50 tak perlu mendaki, cukup tekan butang dah sampai, hujung minggu sahajalah nak menikmati alam. Tapi bukan sahaja warga Malaysia, kami terserempak dengan satu kumpulan daripada warganegara China dan Eropah. Tak sangka, terkenal juga disini dengan warganegara lain. Setelah perjalanan menaik, kami menurun pula, tapi bukan dengan tangga, merangkak dan berpaut pada batu, dan pokok yang ada di situ, ada juga tali yang disediakan.

Bukit tabur ni sebenarnya terbentuk dengan beberapa kelompok batu memanjang yang terpisah-pisah mungkin kerana hakisan semulajadi sehinggalah terbentuk seperti sekarang dan kerana itulah agak mencabar untuk bergerak dari satu bongkah batu ke bongkah lagi satu. Tapi, utamakan keselamatan kerana laluan agak mencabar dan berbahaya jika tidak berhati-hati.
Sampai di satu puncak, kami dapat melihat empangan Kelang yang dijaga oleh SYABAS dan di satu bahagian pula, kampus UIAM dengan berbumng biru di sebalik bukit-bukit menghijau. Perjalanan kami berterusan sehinggalah ke penanda terakhir, jam sudah menunjukkan jam 10.00 pagi. Kami bercadang untuk turun mengikut laluan pilihan 1, yang lebih dekat. Laluan turun tidak mencabar Cuma perlu berhati-hati kerana jalan agak licin mungkin kerana hujan pada hari semalam. Laluan menurun kami melalui kawasan kebun. Kami tiba di bawah tepat jam 10.00 pagi.
Tips:
Pergi pagi-pagi kalauboleh sebelum matahari terbit untuk menikmaati pemandangan matahari terbit di puncak bukit dan merasai kesejukan embun pagi. Pagi-pagi kabus masih lagi tebal dan tak perlu berpanas sebab di puncaknya tiada pokok. Jangan lupa bawa air kalau tak tahan dahaga.



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...