Pages

Jumaat, 30 September 2011

Ceritera ConvEx '11 part3

Entry kali ini bermula dengan kisah temuduga terbuka pencarian penyelaras Ekspo Konvokesyen. Hari itu, 12 September, pencarian penyelaras, sekadar memerhati dari belakang, Ucop selaku penemuduga cuba mencari penyelaras yang boleh bekerja. Dalam hal ni, aku tetapkan 5 bintang untuk calon terbaik dan 1 bintang untuk yang kurang berkelayakan. 
Hari pertama di Kompleks Cahaya, enam orang sahaja yang datang ke meja temuduga TDF, agak mendukacitakan jugak la.. hmm...
Hari kedua sesi temuduga, sebaik saja selesai solat maghrib, aku terus ke Dewan Utama Pelajar, ramai yang sedang menunggu di luar dewan, siap ada yang bawa sijil lagi.. hahaha... malam kedua, sambutan agak mengalakkan, tak cukup tangan nak melayan. Sampaikan aku bosan menunggu, bila la nak habis temuduga ni.. Menjadi penemuduga satu hal, memilih yang terbaik antara yang terbaik lagi satu hal. Barulah aku sedar, bukannya senang nak membuat pilihan.. hmm.. Walaupun aku dah siap susunkan dari satu bintang ke lima bintang, memilih tujuh orang yang berstatus lima bintang daripada 15 orang berstatus sama lagi pening kepala.. 
Selesai membuat tapisan, aku tetap dengan keputusan aku, kupilih tujuh orang yang bernasib baik, Adam, Haziq, Zulfahmi@Fahrin, Affadil Izmi@ALONG, Darrel, dan Hafiz (kemudian ditukarkan dengan Syafiq). Satu-satunya wanita yang terpilih pada malam itu, Fatin. Dalam hati kubisikkan, inilah orangnya yang aku pilih. muktamad.
14 September, pertemuan pertama kami dalam satu pasukan. Malam itu agak sunyi, semuanya malu-malu lagi. Aku tengok Zulfahmi@Fahrin dengan Haziq yang agak banyak bercakap. Yang lain agak malu-malu. Selesai sesi berkenalan, semuanya ke pejabat, tunjukkan fail, bahagikan kerja dan bersurai. Kononnya nak makan sekali di khaleel, mereka berjalan dan tak sampai-sampai.. rupanya dah sampai bilik.. hmm.. takpelah penyelaras... mungkin lain kali.
Sepanjang Minggu konvokesyen, aku hanya sekadar pemantau, melihat anak buah bekerja dan jika ada yang perlu, aku bantu. 
Satu peristiwa yang aku tak dapat lupa, semasa menghantar projektor dan layar skrin untuk pameran dari kampus kesihatan. Sekitar jam 2.30, aku dan kanak-kanak  penat-penat bawa ke Dewan Pameran, dengan selamba minah dari kampus kesihatan tu cakap dengan nada sinis "terima kasih la walaupun lambat". Pergh.. berasap telinga aku dengar... memang makan dalam la.. Mujur ada kawannya yang ringan mulut berterima kasih dengan baik... dalam hati aku cakap, minah ni, tudung da labuh, tapi mulut, masyaAllah. Rasa macam nak tarik-tarik je mulut dia ni. Tau la student Medic. Belum jadi Doktor da berlagak macam ape entah. Sepanjang minggu konvokesyen, semuanya berjalan lancar. Tapi, dalam diam, rupanya ada sedikit konflik antara jabatan TDF dan jabatan lain yang aku rasa tak patut berlaku. Tak perlulah aku highlight kat sini, tapi kisah ni beri satu pegajaran kepada aku.
25 September, Ekspo konvokesyen berakhir, sempat aku membelikan kain pasang untuk ibuku. Malam terakhir agak meletihkan, walaupun berstatus ketua jabatan, aku bersama-sama semua anak buah mengumpulkan perabot-perabot dan peralatan. Tahun ni agak bernasib baik, semua barang selesai dikumpulkan jam12.30. Selesai tugas, aku dan semua kanak-kanak TDF ke Kompleks Cahaya, menghantar barang dan yang paling penting, terabadinya gambar ni..
Wajah-wajah TDF
Harapanku, walaupun hanya dalam dua minggu bekerja bersama-sama, ukhwah yang terbina antara kita kekal berpanjangan. Aku sangat teruja untuk bergambar kerana bagi aku, dengan adanya gambar ini, InsyaAllah, memori ini akan sentiasa terpahat dalam sanubari. Tersimpan rapi dalam kenangan. Kepada semua penyelaras TDF, Farahdina, Fatin, Haziq, Affadil Izmi@Along, Syafiq, Daniel Adam, Darrel dan Zulfahmi@Fahrin. Tidak dilupakan, Jawatankuasa tertinggi TDF, Ucop, Ijat dan Ayu yang menjadi tulang belakang ku sepanjang ekspo berlangsung.
Paling tidak dilupakan, Pengarah ConvEx, Ng Zhe Shen sendiri bersama-sama Timbalan Pengarah, Salam dan Syamil, Setiausaha, Mastura danBendahari, Tarshini, berjumpa dengan kami dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada kami. Akhir kata, terima kasih dan tahniah kepada semua penyelaras TDF kerana telah berjaya membuktikan bahawa aku telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih kalian. Salam ukhwah dan semoga hubungan ini berpanjangan. 

Jumaat, 23 September 2011

Ceritera ConvEx '11 part 2

Ekspo konvokesyen masih lagi berlangsung. Di tapak konvo, sementara berehat di khemah urusetia jari-jemari ini ligat menekan papan kekunci laptop lenovo kepunyaanku, menaip secalit pengalaman dan kisah bersama ConvEx '11. 
Aku ingat lagi, saat aku ditawarkan menjadi ketua jabatan bagi jabatan Teknikal dan Fizikal (TDF) yang merupakan tunggak dan tulang belakang Ekspo Konvokesyen setiap tahun. Aku tak nafikan aku agak teruja tetapi jauh di sudut hati, aku merasakan layakkah aku memegang jawatan penting ini.... Mungkin sudah rezeki, walaupun aku tidak pernah meminta dan melobi jawatan ni, ia datang sendiri. Jika diikut rasa hati, siapalah sanggup mengorbankan cuti, bekerja selama hampir sebulan di USM, dengan elaun harian hanya sebanyak RM15.00. Hasrat ingin menimba pengalaman, mencari teman dan menambah taulan, kugagahkan semnagat, tawaran ini kuterima.
Tahun ini tahun ketiga aku bersama ConvEx dan merupakan tahun yang paling banyak aku bekerja untuk Ekspo Konvokesyen. Walaupun hanya seorang sahaja ahli TDF yang masih lagi bersemangat, aku bersyukur dapat bertugas bersama-sama Ijat, Ucop dan Ayu yang merupakan tunggak utama dalam TDF. Bekerja dengan teman-teman baru, aku selaku ketua jabatan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak buah aku. Gerak kerja ConvEx dilaksanakan dalam tiga fasa dan TDF hanya terlibat dalam fasa kedua dan ketiga.
Fasa kedua bermula pada 2 Ogos 2011, yang merupakan hari kedua kami berpuasa. Seingat aku, aku agak pendiam sewaktu hari pertama di pejabat, dengan hanya beberapa kenalan, segalanya tidak menjadi masalah. Antara yang terawal aku tegur, Azuan, Faris dan Safwan daripada jabatan Koridor Niaga. Kebetulan duduk sebelah aku masa meeting. 
Untuk hari pertama, aku sekadar membuat persiapan asas, fotostat borang tempahan, siapkan senarai yang boleh ditempah, perancangan gerak kerja dan kertas kereja. semuanya selesai dalam hari pertama. Terima kasih Mastura Messy yang banyak membantu.
Aku rasa sangat beruntung, punya setiausaha yang rajin, Ayu namanya. Cakap je apa perlu dibuat, semuanya selesai, taklah aku rasa keseorangan. Mengikut hieraki, aku sebagai ketua jabatan, Ijat timbalan, Ayu setiusaha 1, dan Ucop sebagai setiausaha 2.
Sepanjang fasa 2 berlangsung, aku agak rapat dengan Jabatan Koridor Niaga. Chad, Hanif, Hazuan, Aiman, Safwan, Faris, Chaleeda ngan Tana. Sumenye 'happy-go-lucky' dan senang aku nak beruurusan. senang citer, seronok la lepak sekali. Paling best, buka sekali ngan KN kat pantai QueensBay. makanan ringan je.. ringkas tapi best. 
Malam-malam terakhir di USM sebelum fasa 2 berakhir, aku, syafiq, salam, syamil, syakir, sarah, mas, izat, dan ada lg 2 orang yang aku telupa, kami ronda-ronda sekitar Pulau Pinang. Mulanya ke Georgetown, bergambar di sana, ke Queensbay dan terus bersahur di Kapitan. Program penuh sepanjang malam. Yang kelakar, masa bergambar di Queensbay, mujur ada syakir sebagai fotografer, kami dapat buat gambar yang cantik ni..
Credits to Syakir dan Sarah.
Nampak macam huruf 'C' tu tak berapa jelas. haha. Rasa macam orang giler je nak buat gambar ni. Penggerai tepi jalan tu macam nak tergelak tengok kami buat macam ni. hayun-hayun tangan dalam 30 saat. tengok gambar ni, aku tergelak sorang-sorang. Nampak macam gila, tapi aku puas. dalam lima kali cubaan, gambar ats ni la yang paling cantik. Fasa 2 ConvEx berakhir 23 Ogos 2011 dan kami semua pulang kekampung bercuti sempena Hari Raya. Nantikan ceritera ConvEx '11 dalam entry akan datang.

Khamis, 15 September 2011

Ceritera ConvEx '11 part 1

Assalamualaikum...
Coretan dalam kesibukan. Sudah lama tak meng-update blog ni. Sedikit masa terluang aku gunakan sepenuhnya meriwayat kisah suka dan duka dalam menyediakan Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia kali ke-44 pada tahun 2011. Tahun ini tahun ketiga aku menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa yang menyelaraskan Ekspo Konvokesyen.
Mengimbau kembali kisah lalu, pada tahun pertama aku berusaha untuk menjadi penyelaras Ekspo Konvokesyen. Masih lagi kuingat, aku, Salam, Jupa, Jali dan Naz@Wak Jono meneyertai temuduga terbuka ConvEx di Dewan Utama Desasiswa (DUD). Seingat aku, aku memohon untuk menyertai portfolio Persembahan dan Kebudayaan (P&K). Dalam sesi temuduga, kami disuruh berlakon menjadi jurujual tiket wayang. Apabila teringat balik kisah-kisah ni, aku tersenyum sorang-sorang. hahaha...
Teatapi, mungkin kerana tiada rezeki bersama P&K, aku diberi tawaran untuk menjadi penyelaras Portfolio Teknikal dan Fizikal (TDF). Antara aku, Salam, Jupa, Jali dan Naz, hanya Naz sorang yang tak dapat jadi penyelaras... mungkin bukan rezeki.. Lebih kurang tiga minggu aku bersama TDF, membantu menyelaras, menunggu arahan dan membuat persiapan. Pada masa itu juga tahun pertama aku menjadi kadet, jadi mungkin komitmen aku kurang untuk TDF.
Tahun itu, Abang Hakim jadi pengurus, orangnya agak selamba, tetapi tegas. Kadang-kadang beliau lawak.. haha. Diperkenalkan sebagai Encik Are-Qem, aku banyak belajar daripada beliau, dari segi pengurusan dan cara pemikiran. Terima kasih abang are-qem. Tahun itu, Ekspo Konvokesyen berjalan lancar. Tiada masalah serius yang berlaku. Cuma, mungkin ada sedikit kesilapan, penaja kami mengamuk kerana niatnya untuk memonopoli jualan eco-pack tidak berjaya. Kononnya dengan menjadi penaja, mereka berhak memonopoli perniagaan dan semua eco-pack perlu dibeli dengan mereka. WTH... tak masuk dalam FOA pun semua penggerai perlu beli eco-pack dengan mereka. Tapi, Alhamdulillah, yang lain semuanya berjalan lancar. tugasan kami juga sebagai jawatankuasa TDF tamat dan yang paling penting, semangat kerja berpasukan, bekerja secara fizikal, sukar tapi boleh.. tahniah diucapkan pada semua ahli TDF ConvEx '09. Specially dedicated to Abang Aqem, pengurus bahagian TDF...
Gambar hiasan

Rabu, 7 September 2011

Sambutan Syawal 1432H

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri. Kemeriahan Syawal masih lagi disambut oleh Umat Islam walaupun sehingga hari ke-5 (hari ini). Tahun ini aku sekali lagi beraya di kampung halaman, FELDA Selancar 2 yang indah permai. Mungkin entry kali ini agak terlewat memandangkan masih lagi sibuk beraya, menziarahi sahabat dan taulan.
Hari raya pertama di FELDA Selancar 2 disambut secara sederhana, tetapi masih lagi meriah. Pagi hari raya, semua kemasjid, menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri. Pulang kerumah, seperti biasa, hidangan menanti, perut monta diisi. Selesai menikmati hidangan, kami sekeluarga bersalam-salaman, kupohon ampun dan maaf pada kedua-dua ibu-bapaku, andai tersalah laku, terkasar bahasa, inilah masanya mengakui segala kesilapan.
Pagi itu, kami semua menziarahi pusara nenda (semasa hayatnya kupanggil embah), menyedekahkan alfatihah dan tahlil. Sedar tidak sedar sudah lebih dua tahun arwah pergi. Kemudian, pulang kerumah, kusertai kumpulan 'baraan' pergi kerumah-rumah ahli blok. Memang adat penduduk di FELDA ni, untuk mengadakan 'baraan' setiap kali Aidilfitri. Bukan sahaja mengeratkan silatulrahim, bahkan menyatukan kami. Perbezaan fahaman politik dilupakan seketika kesatuan dibina dalam kesederhanaan. 
Berkunjung kerumah-rumah jiran tetangga sesuatu yang menggembirakan. Melihat telatah kanak-kanak, ragam bapak-bapak... semuanya mencipta kenangan. Walaupun semuanya bukan orang senang, sambutan tetap meriah, sama-sama bertakbir, dan membacakan doa selamat.. menikmati juadah tersedia tanpa merungut, bersyukur dengan apa yang ada. Yang sedap dipuji, yang kuarang simpan didalam hati.
Wajah-wajah Aidilfitri 2011
Ramadhan telah berakhir. Syawalnya tiba puasa enam menanti. Matematiknya, 29+6=365? percaya atau tidak, itulah yang tersirat..
Selamat berpuasa enam.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...