Pages

Isnin, 11 Mac 2013

Puchong Mushroom

Baru semalam aku mengikuti kursus penanaman cendawan di Cendawan Puchong. Dah lama terpendam di dalam hati ini untuk mengikuti kursus ini, Alhamdulillah, berkat keazaman, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Pagi-pagi lagi kumulakan perjalanan ke Puchong Perdana, mengambil berkat pagi, sebagaimana doa nabi yang mendoakan supaya Allah memberkati umatnya yang berpagi-pagi. Perjalananku untuk mempelajari ilmu baru dan melawat anak buah di Shah Alam, ternyata berhasil. Segalanya dipermudahkan, Alhamdulillah.
Mempelajari teknik penanaman cendawan bukanlah perkara asing bagiku. Semenjak di universiti lagi telah kutanamkan minat untuk mempelajari teknik penanaman cendawan sehinggakan aku meminta untuk membuat penylidikan tentang cendawan dalam projek tahun akhirku, namun aku mendapat projek lain. Mungkin bukan rezekiku. Namun kubersyukur, ditemukan dengan pensyarah yang telah menimbulkan minatku dengan cendawan seperti Dr Chuah Min Seng dan Prof Madya Dr Hideyuki Nagao. Pernah Dr Chuah memberikan nombor telefonnya, seandainya aku berminat untuk terlibat dalam penyelidikan cendawan, beliau mengajakku untuk terlibat memandangkan beliau bercadang membuka projek cendawan di Bukit Larut. Tapi, entah dimana kuletakkan nombor telefon tu, puas kucari tapi tidak ketemu. Semoga satu hari nanti dapat aku berjumpa lagi dengan Dr Chuah untuk menuntut ilmu dengannya.
Berkaitan dengan Cendawan Puchong, aku terfikir untuk mempelajari teknik penanaman cendawan apabila melihat iklan cendawan di TV, lantas kucari di internet mana-mana syarikat atau agensi yang menawarkan kursus menanam cendawan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Puas mencari, kujumpa juga dengan Cendawan Puchong, terus sahaja ku pilih hari dan mesejkan nama kepada Encik Zul, untuk penyertaan. Mesejku segera dibalas. Alhamdulillah, tercapai sudah hajatku.
Aku akan membuat entry khas berkaitan penanaman cendawan ini dalam entry akan datang. Kepada sesiapa berminat nak sertai kursus penanaman cendawan bolehlah ke website ini atau ke 
     Cendawan Puchong,
     Lot 225, Lorong Bistari 6,
     Kg Sri Aman, Puchong Perdana
*Yuran penyertaan hanya RM 200.00 sahaja.
Terima kasih Encik Zul dan adik-adiknya yang menurunkan ilmu cendawan hari tu. Nak balas budi Encik Zul dengan memberikan kredit dalam blog yang tak seberapa ni je. InsyaaAllah, kalau berkesempatan akan pergi melawat ladang cendawan lagi untuk membuat sesi lanjutan.. 
Muka depan buku yang dikarang Encik Zul. Sangat berguna dan lengkap untuk yang mula berjinak-jinak dengan cendawan seperti aku.
Agak berbaloi dengan RM 200.00, kursus teori dan praktikal penanaman cendawan daripada membuat bongkah sehinggalah mempaketkan cendawan segar. Dengan kursus tambahan, petua menjadi usahawan berjaya oleh Encik Zul. Bayaran termasuk buku, CD manual penanaman cendawan dan makan tengahari. Juga, peserta mendapat sijil penyertaan :)

orang kata, jangan kedekut nak menuntut ilmu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...