Destinasi pertama kami, Bukit Bendera.
Stesen bawah Bukit Bendera |
Dengan ketinggian 833m(2,723ft) daripada aras laut, Bukit Bendera bukan sahaja menjanjikan suhu yang lebih dingin tetapi juga panorama seluruh Pulau Pinang boleh dilihat dari Puncak Bukit Bendera. Perjalanan ke puncak hanya dihubungkan dengan sebuah tren yang mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Sejarahnya, tren pertama telah dibangunkan pada tahun 1901 dan siap pada 1905 tetapi tidak dapat digunakan kerana masalah teknikal. Pada 1914, dengan bajet sebanyak 1.5 juta Straits Dollar projek ini diberi nafas baru dan telah dirasmikan pembukaannya pada 1 januari 1924 oleh L.N. Guillemard, Gabenor Negeri Selat.
Landasannya sepanjang 2,007m. Tren Bukit Bendera telah digantikan dengan tren daripada Swiss yang diperbuat daripada aluminium pada 1977 dengan kos RM 2.3 juta. Yang terkini pada 2010. Tren terkini lebih canggih dan boleh memuatkan lebih kurang 80 orang dalam satu-satu masa.
Tren lama generasi ketiga (1977-2010) |
Meriam seberat 2.75 ton ini dapat menembak bebola besi seberat 32 paun dengan kelajuan 1600 kaki sesaat. Ia diperbuat daripada gangsa (campuran timah dan tembaga) yang kebiasaannya digunakan oleh tentera pada abad ke-18 dan 19. Tidak diketahui asalnya, kemungkinan meriam ini dibawa ke atas bukit ini sebagai hiasan ataupun amaran ancaman lanun.
Pagi itu, tak berpeluang melihat panorama Pulau Pinang. Sekadar melihat kabus tebal kerana hujan lebat malam itu.
bersambung dalam entry akan datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan