Pages

Selasa, 15 Mei 2012

Eksplorasi Gua Tempurung.

Pagi ni awal-awal pagi lagi aku dah bersiap-siap untuk ke Gopeng, Perak bersama-sama rombongan 38 orang peserta untuk eksplorasi Gua Tempurung. Jam 7.30 pagi tayar bergolek dan kami tiba tepat jam 9.30 pagi, lebih kurang 2 jam perjalanan jika trafik lancar. Sampai kat sana, terus buat pembayaran tiket dan bersiap-siap untuk masuk gua. Kami ambik pakej 4: Grand Tour dengan harga RM 22.00... Nak sangat adventure kan.. untuk info pasal tour ni, boleh check kat sini.
Gua Tempurung terletak di Gopeng Perak, bersebelahan dengan lebuhraya Utara-Selatan. Namanya diambil sempena bentuknya yang seakan-akan tempurung kelapa. Gua batu kapur ini dikatakan telah wujud sejak 8000 S.M. lagi. Panjangnya 1.9 km mengikut laluan sungai dan mempunyai 5 kubah besar menyerupai tempurung kelapa. Sejarahnya, gua ini pernah menjadi tempat persembunyian komunis sekitar tahun 1950-1960 dan juga merupakan tempat melombong timah sekitar tahun 1970.
Lampu dipasang sepanjang laluan yang disediakan dalam gua. Pantulan cahaya berwarna oren memberikan pemandangan gua yang sangat cantik. 
'The lady'
Tengkorak?
Persiapan aku nak masuk gua ni, aku bawak satu kamera kecik aku ni dengan satu botol kedap air untuk isi kamera dan yang paling mustahak, lampu suluh. Kalau tak bawak lampu suluh, memang naya la... sebab dalam gua ni lagi gelap daripada malam. Pakej aku ambik ni adventure, masuk dalam air. Disebabkan kamera ni cikai je, tak waterproof pun, kn la simpan elok-elok dalam botol. 
Di gua batu kapur yang sangat tua ni, banyak kesan-kesan di dinding gua yang menghasilkan pelbagai bentuk dan corak bagi sesiapa yang mempunyai imaginasi yang tinggi.. but obviously this one sangat jelas muka seorang pompuan dan yang sebelah tu ada rupa tengkorak.
Nak turun dari 'Top of The World' langkah diatur dengan cermat supaya tak tergelincir sebab tangga tu daripada besi, agak basah juga. Risau tergelincir, tambah pula tangga tu sangat tinggi, ketar lutut beb.
'Top of The world' adalah puncak tertinggi dalam gua ni dengan ketinggian 125 m dari aras laut.
Sebuah batu yang ada tulisan cina. Ditulis oleh pelombong timah satu ketika dulu. Di bawahnya adalah peralatan lombong yang ditinggalkan. Pengiring kami memberitahu, tulisan tu ditulis sebagai ingatan kepada pelombong lain tentang kejadian ombak besar dari sungai dalam gua tu. Mungkin sewaktu hujan lebat.
Stalaktit dan Stalagmit... Hebatnya sang pencipta..
Nak kena merangkak pulak...
aku rasa tinggi lebih kurang 8 kaki.. agak luas kat sini. 
dah nak sampai ke hujung gua.. nampak cahaya dari jauh.
Perjalanan sampai ke hujung gua akhirnya. 2 jam mas nak sampai sini. Aku ingatkan dah habis dah.. rupa-rupanya cabaran baru saja bermula. 

Memanjat batu-batu yang licin, silap langkah boleh tergelincir. Turun menggelungsur atas batu sampai panas bontot aku... Merangkak lagi, dan jalan ikut laluan sungai. Waktu inilah aku merasakan betapa cantiknya ukiran-ukiran semulajadi yang terjadi daripada proses-proses semulajadi. Nampak macam lembut tetapi keras. Sayang seribu kali sayang tak sempat nak ambik gambar. 
Perjalanan kami ikut laluan air berakhir di pintu kami masuk, betul-betul bawah laluan masuk. Lebih kurang 4 jam nampaknya perjalanan kami. Agak keletihan tetapi pastinya kenangan yang sukar dilupakan. 

"Tak sama orang yang hanya melihat dan mendengar pengalaman orang dengan orang yang merasai sendiri pengalaman tu.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...