Pages

Isnin, 31 Disember 2012

Coretan 2012

Pertama sekali kupanjatkan kesyukuran pada Rabb yang maha Esa, atas limpahan rahmatNya masih lagi ku diberikan peluang untuk menghirup nafas di bumi bertuah ini.
Tidak berapa lama lagi tahun 2012 akan berlalu pergi dan bakal menjelmalah tahun 2013 yang masih lagi menjadi satu misteri. Kesempatan ini, kupohon ampun dan maaf buat semua sahabat dan kenalan andai sepanjang tahun 2012 ini ada kelakuan, pertuturan yang mungkin terkasar atau terlanjur kata. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa, tidak lepas dari salah dan noda. Seandainya ada kesilapan kepadaku, sesungguhnya Allah menyaksikan, aku ampunkan setiap kesalahan sesiapa sahaja atas diriku. 
Tahun 2012 ini banyak memberi pengajaran kepadaku tentang erti kehidupan, memberi makna tentang persaudaraan dan menyimpan seribu satu kenangan yang pasti akanku kenang selagi hayat dikandung badan. Aku bersyukur, dalam tahun ini aku berjaya menamatkan latihan kadet dan ditauliahkan dalam Rejimen Askar Wataniah, berjaya menamatkan pengajianku dan berjaya mendapatkan ijazah pertamaku, dan yang paling penting, aku kini semakin hampir ke alam pekerjaan. Cepat sungguh masa berlalu sehinggakan tidak sedar, usia kini makin meningkat, tanggungjawab semakin berat.
Tahun 2013 yang akan datang ini, seperti biasa, azamku hanyalah ingin menjadi lebih baik dari semalam. Walau apa halangan yang tiba, kupanjatkan doa kepada Allah yang maha Esa, semoga segala urusanku dipermudahkan.
Sekian, Bismillahitawakkaltu 'alallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...