Pages

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu kembali lagi

Seperti pesta tahunan, jerebu kini kembali lagi melanda negara akibat kesan langsung daripada kebakaran hutan di Indonesia. Pagi tadi Perdana Menteri mengisytiharkan darurat di Muar dan Ledang memandangkan IPU telah mencecah 746. Dilaporkan juga di Johor dan Melaka berada di paras 'Berbahaya'. Di Pahang dan Selangor pula mencatatkan paras 'Tidak Sihat' manakala di Perak Kedah, Terengganu dan Sarawak pula berada di paras 'Sederhana'. Di Sabah pula, IPU di Sandakan dan Tawau berada di paras 'Baik' manakala di Kota Kinabalu di paras 'Sederhana'. 
Paras IPU hari ini merupakan rekod tertinggi sejak jerebu melanda negara seminggu yang lalu. 
Kesan jerebu akan mengakibatkan kesan seperti sakit tekak, batuk dan asma. Oleh itu Bagi menjaga kesihatan, warga kota dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar, banyakkan minum air masak, kurangkan merokok dan tidak melakukan pembakaran terbuka. Dan, jangan lupa memakai 'mask' jika keluar rumah.

Kerajaan pula digesa menyegerakan pembenihan awan bagi menangani isu ini memandangkan unit meteorologi meramalkan tiada hujan dalam tempoh dua hari ini. 

Oh, rindunya menghirup udara segar dan bersih seperti di kampung halaman.

Nota kaki, bacaan Indeks Prestasi Udara (IPU):
 0 - 50   : Baik
 51 -100: Sederhana
101-200: Tidak Sihat
201-300: Sangat Tidak Sihat
300 keatas: Berbahaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...