Pintu Gerbang ke FELDA Layang-Layang |
Masjid FELDA Layang-Layang |
Encik Osman |
D'Mart |
'Nasi Ambeng' |
Sepanjang disana juga kami sempat dijamu Nasi beriyani gam, Gulai daging dan Sup tulang, air tangan makcik-makcik dan pakcik-pakcik FELDA Layang-Layang semasa kenduri sekampung. Memangnya, menu Nasi Beriyani gam dan Gulai daging memang sangat terkenal disini. Tulang-tulang lembu selebihnya dibuat sup. Perkara baru yang aku pelajari, Gulai daging dan Nasi Beriyani Gam ni, rupanya dimasak dalam satu periuk. Di bawahnya Gulai daging, kemudian Nasi Beriyani pula dimasak diatasnya, dibalut dengan kain. Selalunya, tulang lembu atau tin susu akan dijadikan tungku bagi memisahkan Nasi Beriyani dan Gulai daging.
Sup Tulang sedang mendidih |
Nasi Beriyani Gam siap |
Hari jumaat, 1 Jun 2011 selepas solat Jumaat, kami bergerak semula ke Shah Alam untuk program seterusnya. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kenangan di FELDA Layang-Layang pasti tidak akan kulupakan. Saat jari-jemariku menaip catatan ini, fikiran jauh melayang terkenang keluarga Haji Ambok yang melayan kami berlima dengan baik.
Rumah Haji Ambok |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan