24 Julai 2011.
Namanya Lata Ulu Lawin, airnya jernih dan sejuk... mengalir tenang diselangi deruan air melalui celahan bebatuan sungai. Hari itu hari minggu, jam 9.30 pagi masih tiada bayang pengunjung kelihatan. Nampaknya kami pengunjung terawal. Matahari semakin meninggi, mujurlah pokok-pokok hutan menghijau memberikan teduhan.
Melintasi Jambatan gantung yang semakin mengusang, aku terhibur dengan bunyi deruan air yang jernih sehingga kelihatan pasir putih di dasarnya. Memandang ke air, tiada kelibat ikan kelihatan seolah-olah air jernih ini tidak berpenghuni.
Tatkala kaki menyentuh gigi air, jelas terasa kedinginan air Ulu Lawin ni. Dalam hati aku berkata, patut la takde orang datang mandi lagi.... Puas bermain air, kami berhenti seketika makan bekalan yang kami bawa. Sekadar bihun goreng, roti sandwich dan sedikit buah-buahan. Selesai kami makan, barulah ada pengunjung yang datang... Memandangkan 'port' mandi kami dah diambil, kami bergerak ke atas sedikit ke kawasan yang berpasir dan cetek.
Puas mandi di situ, aku duduk sahaja di atas jambatan gantung melihat telatah kawan-kawan yang masih belum puas berendam.
Tengahari itu, kami berkemas dan mula bergerak pulang. Lebihan makanan dan air mineral yang kami bawa, kami berikan kepada pelajar sekolah yang kebetulan berkhemah di situ.
Antara reptilia yang aku jumpa:
Gambar-gambar lain di Lata Ulu Lawin:
Sebelum balik, gambar terakhir yang sempat aku rakam:
Hari itu berlalu dengan penuh kepuasan. Walaupun badan keletihan, namun aku puas. Bersama rakan-rakan meluangkan masa, saat itulah merupakan kenangan yang akan diingati. Seperti kata seorang sahabat, "Hidup ini tak selalunya indah tetapi yang indah selalu dalam kenangan".
Sekian untuk entry kali ini. Assalamualaikum...
Namanya Lata Ulu Lawin, airnya jernih dan sejuk... mengalir tenang diselangi deruan air melalui celahan bebatuan sungai. Hari itu hari minggu, jam 9.30 pagi masih tiada bayang pengunjung kelihatan. Nampaknya kami pengunjung terawal. Matahari semakin meninggi, mujurlah pokok-pokok hutan menghijau memberikan teduhan.
Tatkala kaki menyentuh gigi air, jelas terasa kedinginan air Ulu Lawin ni. Dalam hati aku berkata, patut la takde orang datang mandi lagi.... Puas bermain air, kami berhenti seketika makan bekalan yang kami bawa. Sekadar bihun goreng, roti sandwich dan sedikit buah-buahan. Selesai kami makan, barulah ada pengunjung yang datang... Memandangkan 'port' mandi kami dah diambil, kami bergerak ke atas sedikit ke kawasan yang berpasir dan cetek.
Puas mandi di situ, aku duduk sahaja di atas jambatan gantung melihat telatah kawan-kawan yang masih belum puas berendam.
Tengahari itu, kami berkemas dan mula bergerak pulang. Lebihan makanan dan air mineral yang kami bawa, kami berikan kepada pelajar sekolah yang kebetulan berkhemah di situ.
Antara reptilia yang aku jumpa:
Hari itu berlalu dengan penuh kepuasan. Walaupun badan keletihan, namun aku puas. Bersama rakan-rakan meluangkan masa, saat itulah merupakan kenangan yang akan diingati. Seperti kata seorang sahabat, "Hidup ini tak selalunya indah tetapi yang indah selalu dalam kenangan".
Sekian untuk entry kali ini. Assalamualaikum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan