Bangunan KPT, Putrajaya sumber: http://www.benashaari.com |
Pada jam 3.00 petang, kenderaan dipandu Abang Mahzan dan Abang Ridhuan membawa kami sekitar Putrajaya, melihat keindahan senibina dan Landskap bandar baru bekas air tangan mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau memegang tampuk pemerintahan Malaysia.
Memang tidak dinafikan, bandar berstatus Bandar dalam taman ni memang cantik, setiap bangunan mempunyai seni reka tersendiri, lampu-lampu jalan yang unik dan dikelilingi tasik yang indah. Jalan-jalannnya tidaklah sesibuk jalan di Kuala Lumpur, kami tidak bermasalah dengan kesesakan jalanraya dan jalan agak lengang, mungkin kerana penjawat-penjawat awam sedang sibuk bekerja.
Kami tiba di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, bersama-sama bas membawa rombongan daripada UPM. Sambil menunggu program bermula, aku berbual-bual bersama rakan-rakan di lobi Kementerian Pengajian Tinggi. Khabarnya, bangunan ini masih baru dan Kementerian Pengajian Tinggi baru sahaja berpindah kesitu. Bau kemasan solah-olah bau syelek memang jelas dapat dihidu.
Kami semua terus ke surau di aras 1 bagi menunaikan kewajipan dan selepas itu, aku dan 17 yang lain ke aras 17, bermesyuarat bersama Y. Bhg. Datuk AB Rahim, anak peneroka Ayer hitam, Johor berkenaan PERSADA dan peserta-peserta yang lain di surau, mendengar ceramah agama.
Datuk AB Rahim |
Selepas itu, kami ke surau, berbuka dengan kurma dan air dan terus menunaikan solat maghrib berjemaah. Majlis berbuka di Dewan jamuan secara sederhana, tiada buffet Ramadhan yang membazir, hanya sekadar nasi putih dan tiga jenis lauk yang bagi aku, biasa saja. Malam itu kami solat Isya' dan Tarawikh bersama-sama. Majlis tamat sekitar jam 11.00 malam selepas sesi bergambar. Sempat juga aku bergambar bersama Datuk.
Malam itu aku menginap di hotel di Chow Kit, bukanlah hotel murah, sekadar selesa untuk melelapkan mata. Bersahur di Rosdet bersama rakan-rakan. Sempat juga berjumpa senior aku sewaktu si sekolah menengah.. oh, kecilnya dunia...
Jam 10 pagi, aku bertolak ke stesen monorail ChowKit ke Stesen Titiwangsa naik LRT menghala Seri Petaling ke Bandar Tasik Selatan bersama-sama Nizam, rakan baru kukenal yang sama destinasi denganku. Nasib kami sangat baik, sampai sahaja di TBS, membeli tiket di Kaunter dan terus naik bas. Tak sampai lima minit, bas Cepat Ekspres ke Segamat berjalan.
Di jementah, perjalanan terganggu kerana berlakuya kemalangan. di Jementah sahaja, dua kemalangan. Mujur, tiada pemandangan ngeri yang aku lihat, sekadar bangkai kereta remuk yang tertinggal. Perjalanan diteruskan dan tadi, jam 2.35 petang aku selamat sampai ke Segamat.
Sedikit terkilan, perancangan aku untuk menaiki keretapi Butterwoth-Segamat tidak dapat diteruskan. Mungkin lain kali. benarlah kata 'kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan'. Sekian coretan kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan