Pages

Jumaat, 30 September 2011

Ceritera ConvEx '11 part3

Entry kali ini bermula dengan kisah temuduga terbuka pencarian penyelaras Ekspo Konvokesyen. Hari itu, 12 September, pencarian penyelaras, sekadar memerhati dari belakang, Ucop selaku penemuduga cuba mencari penyelaras yang boleh bekerja. Dalam hal ni, aku tetapkan 5 bintang untuk calon terbaik dan 1 bintang untuk yang kurang berkelayakan. 
Hari pertama di Kompleks Cahaya, enam orang sahaja yang datang ke meja temuduga TDF, agak mendukacitakan jugak la.. hmm...
Hari kedua sesi temuduga, sebaik saja selesai solat maghrib, aku terus ke Dewan Utama Pelajar, ramai yang sedang menunggu di luar dewan, siap ada yang bawa sijil lagi.. hahaha... malam kedua, sambutan agak mengalakkan, tak cukup tangan nak melayan. Sampaikan aku bosan menunggu, bila la nak habis temuduga ni.. Menjadi penemuduga satu hal, memilih yang terbaik antara yang terbaik lagi satu hal. Barulah aku sedar, bukannya senang nak membuat pilihan.. hmm.. Walaupun aku dah siap susunkan dari satu bintang ke lima bintang, memilih tujuh orang yang berstatus lima bintang daripada 15 orang berstatus sama lagi pening kepala.. 
Selesai membuat tapisan, aku tetap dengan keputusan aku, kupilih tujuh orang yang bernasib baik, Adam, Haziq, Zulfahmi@Fahrin, Affadil Izmi@ALONG, Darrel, dan Hafiz (kemudian ditukarkan dengan Syafiq). Satu-satunya wanita yang terpilih pada malam itu, Fatin. Dalam hati kubisikkan, inilah orangnya yang aku pilih. muktamad.
14 September, pertemuan pertama kami dalam satu pasukan. Malam itu agak sunyi, semuanya malu-malu lagi. Aku tengok Zulfahmi@Fahrin dengan Haziq yang agak banyak bercakap. Yang lain agak malu-malu. Selesai sesi berkenalan, semuanya ke pejabat, tunjukkan fail, bahagikan kerja dan bersurai. Kononnya nak makan sekali di khaleel, mereka berjalan dan tak sampai-sampai.. rupanya dah sampai bilik.. hmm.. takpelah penyelaras... mungkin lain kali.
Sepanjang Minggu konvokesyen, aku hanya sekadar pemantau, melihat anak buah bekerja dan jika ada yang perlu, aku bantu. 
Satu peristiwa yang aku tak dapat lupa, semasa menghantar projektor dan layar skrin untuk pameran dari kampus kesihatan. Sekitar jam 2.30, aku dan kanak-kanak  penat-penat bawa ke Dewan Pameran, dengan selamba minah dari kampus kesihatan tu cakap dengan nada sinis "terima kasih la walaupun lambat". Pergh.. berasap telinga aku dengar... memang makan dalam la.. Mujur ada kawannya yang ringan mulut berterima kasih dengan baik... dalam hati aku cakap, minah ni, tudung da labuh, tapi mulut, masyaAllah. Rasa macam nak tarik-tarik je mulut dia ni. Tau la student Medic. Belum jadi Doktor da berlagak macam ape entah. Sepanjang minggu konvokesyen, semuanya berjalan lancar. Tapi, dalam diam, rupanya ada sedikit konflik antara jabatan TDF dan jabatan lain yang aku rasa tak patut berlaku. Tak perlulah aku highlight kat sini, tapi kisah ni beri satu pegajaran kepada aku.
25 September, Ekspo konvokesyen berakhir, sempat aku membelikan kain pasang untuk ibuku. Malam terakhir agak meletihkan, walaupun berstatus ketua jabatan, aku bersama-sama semua anak buah mengumpulkan perabot-perabot dan peralatan. Tahun ni agak bernasib baik, semua barang selesai dikumpulkan jam12.30. Selesai tugas, aku dan semua kanak-kanak TDF ke Kompleks Cahaya, menghantar barang dan yang paling penting, terabadinya gambar ni..
Wajah-wajah TDF
Harapanku, walaupun hanya dalam dua minggu bekerja bersama-sama, ukhwah yang terbina antara kita kekal berpanjangan. Aku sangat teruja untuk bergambar kerana bagi aku, dengan adanya gambar ini, InsyaAllah, memori ini akan sentiasa terpahat dalam sanubari. Tersimpan rapi dalam kenangan. Kepada semua penyelaras TDF, Farahdina, Fatin, Haziq, Affadil Izmi@Along, Syafiq, Daniel Adam, Darrel dan Zulfahmi@Fahrin. Tidak dilupakan, Jawatankuasa tertinggi TDF, Ucop, Ijat dan Ayu yang menjadi tulang belakang ku sepanjang ekspo berlangsung.
Paling tidak dilupakan, Pengarah ConvEx, Ng Zhe Shen sendiri bersama-sama Timbalan Pengarah, Salam dan Syamil, Setiausaha, Mastura danBendahari, Tarshini, berjumpa dengan kami dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada kami. Akhir kata, terima kasih dan tahniah kepada semua penyelaras TDF kerana telah berjaya membuktikan bahawa aku telah membuat pilihan yang tepat dengan memilih kalian. Salam ukhwah dan semoga hubungan ini berpanjangan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...