Pages

Rabu, 7 September 2011

Sambutan Syawal 1432H

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri. Kemeriahan Syawal masih lagi disambut oleh Umat Islam walaupun sehingga hari ke-5 (hari ini). Tahun ini aku sekali lagi beraya di kampung halaman, FELDA Selancar 2 yang indah permai. Mungkin entry kali ini agak terlewat memandangkan masih lagi sibuk beraya, menziarahi sahabat dan taulan.
Hari raya pertama di FELDA Selancar 2 disambut secara sederhana, tetapi masih lagi meriah. Pagi hari raya, semua kemasjid, menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri. Pulang kerumah, seperti biasa, hidangan menanti, perut monta diisi. Selesai menikmati hidangan, kami sekeluarga bersalam-salaman, kupohon ampun dan maaf pada kedua-dua ibu-bapaku, andai tersalah laku, terkasar bahasa, inilah masanya mengakui segala kesilapan.
Pagi itu, kami semua menziarahi pusara nenda (semasa hayatnya kupanggil embah), menyedekahkan alfatihah dan tahlil. Sedar tidak sedar sudah lebih dua tahun arwah pergi. Kemudian, pulang kerumah, kusertai kumpulan 'baraan' pergi kerumah-rumah ahli blok. Memang adat penduduk di FELDA ni, untuk mengadakan 'baraan' setiap kali Aidilfitri. Bukan sahaja mengeratkan silatulrahim, bahkan menyatukan kami. Perbezaan fahaman politik dilupakan seketika kesatuan dibina dalam kesederhanaan. 
Berkunjung kerumah-rumah jiran tetangga sesuatu yang menggembirakan. Melihat telatah kanak-kanak, ragam bapak-bapak... semuanya mencipta kenangan. Walaupun semuanya bukan orang senang, sambutan tetap meriah, sama-sama bertakbir, dan membacakan doa selamat.. menikmati juadah tersedia tanpa merungut, bersyukur dengan apa yang ada. Yang sedap dipuji, yang kuarang simpan didalam hati.
Wajah-wajah Aidilfitri 2011
Ramadhan telah berakhir. Syawalnya tiba puasa enam menanti. Matematiknya, 29+6=365? percaya atau tidak, itulah yang tersirat..
Selamat berpuasa enam.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...