Pages

Selasa, 1 November 2011

Baitullah, Makkah al Mukarramah

Assalamualaikum, salam AidilAdha dan Salam pengorbanan. Sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, darah-darah haiwan ternakan yang dijadikan korban, tetapi yang sampai adalah niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah. Sama-sama kita baca satu rencana tentang kaabah, Baitullah. Makkah.
Kaabah
seorang doktor yang bernama Ahmed Mater yang dilahirkan di Arab Saudi telah menghasilkan sebuah sebuah kiub magnet yang dikelilingi oleh serbuk besi dan karya seni ini telah menampakkan satu medan magnet yang berpusar seolah-olah seperti tetamu Allah yang mengelilingi KAABAH. Karya seni ini telah dinamakan sebagai 'Magnetism'.
Ideanya mudah dan seperti unsur di tengah-tengahnya mempunyai daya tarikan yang tinggi. Ahmed Mater telah mengubahsuai sebuah magnet dan menaburkan puluhn ribu zarah besi, yang membentuk awanan yang berpusar.
"Magnetism"
Meskipun kita tidak pernah melaksanakannya tentu kita pernah melihat imej Haji. Kunjungan umat Islam ke kota suci Makkah pada setiap tahun. Kiub magnet hitam Ahmed merupakan model mini kaabah yang dibalut dengan kiswah hitam. 'Kiub', unsur utama dalam upacara haji.
Pusaran serbuk besi tersebut mencerminkan tawaf para jemaah haji yang mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali.
Al-Bayt al-'Atiq (rumah purba), nama lain bagi Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu merupakan sebuah binaan yang sungguh unik. Kiub ialah bentuk blok paling asas bagi sesebuah bangunan, dan bentuk yang paling asas bagi sesuatu struktur yang dibina. Kaabah (Baitullah) rumah tuhan Yang Maha Esa telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. Dalam beberapa pendapat lainmengatakan Kaabah telah dibina oleh manusia pertama, Adam.
Tapak binaannya pula mungkin lebih purba. Menurut kepada sesetengah pendapat, Ahli geografi abad ke-13, Yaqut Al-Hamawi menulis, perkara pertama yang Allah ciptakan dari bumi ini adalah tapak Kaabah. Beliau kemudiannya menjadikan bumi terbentang luas dari bawah tempat ini. Oleh tiu, ia adalah pusat bumi dan titik pertengahan dunia ini yang lebih rendah dan ibu kepada kampung-kampung.
Yaqut seterusnya menjelaskan, berdasarkan autoriti para ulama terdahulu, tawaf para jemaah adalah bersamaan dengan malaikat yang mengelilingi BaitulMa'mur, mencari keredaan-Nya.
Sehingga hari ini dan seterusnya, Kaabah menjadi tumpuan bagi mendamaikan hati dan juga memohon keampunan berdasarkan frasa yang digunakan dalam Al-Quran, 'tempat perehatan untuk umat manusia dan tempat yang sejahtera'.
Karya seni Mater Ahmed, walaubagaimanapun memberikan kita lebih darioada sebuah simulasi mudah berkenaan rumah Allah. titik-titik pertengahan antara segi dan bulatan, lingkaran dan kiub hitam. Terang dan gelap, meletakkan unsur-unsur utama bentuk dan nada dalam keseimbangan dinamik.
Dan ada lagi penentangan yang dinamik dan harmoni yang tersirat didalam magnet dan juga ibadat haji. iaitu daya tarikan dan daya tolakan. Kaabah adalah magnet dan titik pusat. "Hendak meninggalkan rumah akan kembali kerumah" adalah antara kata-kata terakhir seseorang jemaah haji sebelum pulang. Selain itu, perkataan "jadhaba" boleh juga membawa maksud berlawanan iaitu "menghalau". seseorang pernah berkata: dalam bahasa Arab, semua perkataan adalah membawa maksudnya sendiri, perkataan sebaliknya, dan juga unta.
Tentu sahaja kata-kata ini bukanlah untuk diambil secara literal, walaupun ada sebilangan perkataan didalam kamus yang membuktikan kebenarannya, apatah lagi semua pertentangan i ni adalah sesuatu yang aneh. William Balake pernah menjelaskan, "Tanpa percanggahan, tidak akan ada perkembangan".
Daya tarikan dan daya tolakan adalah perlu untuk kewujudan manusia.
Tarikan manusia berduyun-duyun ke Makkah saban tahun bersesuaian dengan firman Allah s.w.t didalam surah Al-Hajj ayat ke-27, "dan serulah manusia kepada haji. Dan mereka akan datang kepada kamu berjalan kaki, dan diatas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang tiap-tiap jurang yang dalam".
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka. Dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (tuhan) mereka bertawakkal. (Surah Al-Anfal ayat 2)

sumber: BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...