Pages

Rabu, 28 Mac 2012

Home sweet home!!!

Nikmat bercuti... lama dah aku tak pulang kekampung. Memandangkan pensyarah membatalkan kelas untuk minggu ni, aku punya sedikit masa terluang da kesempatan itu kugunakan sepenuhnya pulang kekampung. Malam tadi, perjalananku dari Pulau Pinang, menaiki feri ke Butterworth dan terus menaiki bas Double-decker Cepat Ekspress,  JLT2255. Alhamdulillah, perjalananku Butterworth-Segamat selamat. Aku tiba di Segamat jam 8.30 pagi. Agak awal sampai. 
Pagi ini, setiba di rumah, perkara pertama sebaik sahaja bersalaman dengan orang tuaku, terus aku berjalan sekeliling rumah, melihat perbahan-perubahan semenjak kali terakhir aku pulang dahulu, memberi makan ikan di kolam, memberi makan ayam di reban. Sememangnya itulah rutinku apabila aku pulang kekampung halaman, desa tercinta ini. 
Memberi makan ikan di kolam sebelah rumahku, hati ini rasa tenang sekali, hampir sahaja aku lupakan semua kerja-kerja dan urusanku di universiti yang perlu kusiapkan dalam tempoh 'cuti' ku ini. Oh, sekitar dua bulan sahaja lagi akanku tamatkan pengajianku di USM. Kupohon, semoga tahun-tahun terakhir ini akan dipermudahkan dalam segala urusan akademik dan urusan harianku.
Sekian coretan kali ini. Salam mesra dari FELDA Selancar 2.
rumahku syurgaku... vespa tu, bapakku yang punya... memori tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...