Pages

Ahad, 10 Julai 2011

Hari Peneroka 2011

7 Julai 2011, genap 55 tahun FELDA ditubuhkan sebagai sebuah organisasi. 50 tahun pertama FELDA telah berlalu dan kita telah melihat betapa pesat FELDA telah membangun... daripada sebuah organisasi yang tiada nama, dipandang rendah pada zaman awalnya, kini rakyat Malaysia amnya dan warga peneroka FELDA khasnya, boleh berbangga dengan FELDA. Jika 50 tahun pertama FELDA telah berjaya membasmi kemiskinan, meningkatkan taraf hidup warga peneroka, 50 tahun kedua FELDA dilihat lebih mencabar.
Untuk entry kali ni, jom kita sama-sama ronda sekitar tapak Hari peneroka, Padang Daerah Maran, Bandar Tun Razak Jengka...
Hari Peneroka 2011, dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, mungkin mencipta kenangan tersendiri bagi setiap warga peneroka. Berjalan-jalan sekitar tapak, aku melihat suasana, melihat ragam warga peneroka. Kalau difikirkan, memang semuanya keletihan, penat didalam bas belum lagi hilang datang pula kesini, maklumlah, rata-rata peneroka bukan sahaja dari jengka, tetapi juga dari seluruh Malaysia, berstatus peneroka di tanah rancangan FELDA.
Jika tahun lepas bertemakan "Meneroka inovasi negara", tahun ini pula membawa tema "kelestarian". Dengan tema "Melestari Kesejahteraan Peneroka" aku berharap, kemakmuran yang dinikmati ini dapat dipertahankan. 


Sesungguhnya benarlah firman tuhan, 
"Jika kamu bersyukur dengan nikmatku aku akan tambah, dan jika kamu kufur dengan nikmatku, sesungguhnya azabku amatlah pedih" (surah Ibrahim:7)


Pengisian sepanjang karnival seperti tahun-tahun yang lalu, perasmian oleh YAB Dato' Seri Najib, penyampaian anugerah, dan pameran. Tahun ini, FELDA Bukit Tunggal berjaya merebut johan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) bernilai RM 1 juta. Tahun ini tahun keempat tanah rancangan FELDA dari Johor memonopoli AKKF. Agaknya bilalah tempat aku nak menang.. hehe.
Gambar sekitar Hari Peneroka 2011.
Model Terminal bersepadu Jengka

Najib zaman muda
Antara bahan pameran

My best snapshoot
Akhir kata, semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan memimpin para pemimpin negara ini untuk terus mencurahkan bakti kepada rakyat.. amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...