Pages

Rabu, 27 April 2011

ragam.

Assalamualaikum.
Dah setengah hari aku sampai kat rumah, 1 malam tidur dalam bas. penat tu, sakit pinggang lagi...
Ngah surfing ni tiba-tiba je aq terasa nak wat karangan.
Kalau korang ni jenis yang suka berjalan... lagi-lagi kalau naik bas, kalau korang pergi kat stesen bas, ape yg korang tengok? Mungkin korang ni jenis yang prihatin dengan kebersihan, korang akan komplen pasal tandas kat stesen ni banyak yang tak berapa bersih (senang cakap kotor la), ataupun, korang ni jenis yang suka bersembang, dok bersembang memanjang (ngorat awek @ ngah berpacaran @ lepak ngan member) sampai tak kisah langsung ngan orang sekeliling. Ataupun jugak, korang ni jenis yang tak ambil kisah langsung pasal semua ni, yang korang tau, mane bas aku ni, tak sampai-sampai lagi....
haha.. panjang mukadimah aku ni...


Ok, sepanjang korang berada di stesen bas tu, ada tak korang prihatin dengan orang sekitar korang? maksud aku, korang pernah tak perasan orang yang mintak sedekah, yang pakai selekeh pastu tanya kat korang, "brader, rokok sebatang." Lagi, korang perasan tak dengan orang yang pakai seluar pendek, baju kemeja tak berbutang, bentang kotak pastu tidur kat tempat duduk tempat menunggu bas... Dan lagi, korang pernah tak perasan ngan orang yang tanya kat korang, " bang, tiket pergi KL sekarang bang..."


Baiklah. pernah tak korang cuba fikirkan kenapa la orang tu jadi macam tu, diorang ni takde rumah ke? Anak-anak diorang tak jage diorang ke? Diorang ni takde kerja ke?
Bende ni semua muncul dalam kotak fikiran aku. Sebenarnya, banyak mende dalam dunia ni aku tak faham... so, tempat macam ni la (stesen bas) tempat aku mencari pengalaman, membuat pemerhatian dan membuat penilaian tentang erti kehidupan. Mungkin hari ini kita di atas, hari esok siapa tahu... dengan melihat mereka ni (jangan pandang rendah) aku rasa aku sangat bersyukur dengan apa yang ada pada diri aku, kadang-kadang duit PTPTN (aku masih lagi student) da nak habis, cukup-cukup makan je.. tapi aku bersyukur, aku tak perlu meminta-minta nak makan. Kalau ditanya pada mereka ni, mereka ke yang nak jadi macam ni, tentu sekali jawapannya tidak. Sape yang nak... Jadi, nasihat aku, pergilah berjalan-jalan, lihat dan perhatikan ragam. Seronok memerhati dan nilailah kehidupan daripada sudut pandang kita dan jagan sesekali pandang rendah dan hina mereka ni... ^^,

Isnin, 11 April 2011

for the first time ever...

hmmm.. untuk kali yang pertama..
entah kenapa walaupun musim peperiksaan semakin hampir 
tapi hati ni nak juga buat blog..
kenapa aku nak buat blog?
mungkin lain kali aku sambung balik.
nak sambung balik study..
untuk semua pelajar-pelajar universiti...
sama-samalah kita pulun
I wish you good luck and all the best.
haha.. see u next time..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...