Pages

Sabtu, 30 Jun 2012

Evolusi Masjidilharam

Masjidilharam terletak di Kota Mekah, Arab Saudi, di dalamnya sebuah bangunan berbentuk kiub dipanggil Kaabah yang menjadikannya tumpuan umat Islam seluruh dunia terutamanya ketika musim Haji pada bulan Zulhijjah menurut kalendar Islam. 
Bertambahnya umat Islam di muka bumi ini menuntut pembesaran masjid yang paling suci dalam Islam ini bagi menampung jemaah haji dari seluruh pelosok muka bumi ini.
Evolusi Masjidilharam...
Masjidilharam ini bukanlah sepertimana hari ini. Seiring perkembangan ketamadunan dan peradaban manusia, nilai estetika wujud dalam senibina Islam. berkembangnya teknologi pembinaan menjadi pemangkin perkembangan Masjidilharam ini. 
Perkembangan ini berpusatkan Kaabah yang menjadi teras kepada masjidilharam dan juga kiblat umat Islam dari segenap inci muka bumi ini. 
Ketika zaman Quraisy, kawasan sekitar kaabah dilapangkan dan tidak berdinding manakala kegiatan ekonomi berkembang pesat di sekitarnya. Sehinggalah ketika zaman pemerintahan Umar Al khattab pada 638 M, Khalifah Islam yang kedua ini telah menggunakan duitnya sendiri membeli rumah-rumah di sekitar kaabah bagi meluaskan lagi kawasan Masjidilharam. 
Masjidilharam pada 1850
Masjidilharam berbentuk petak
Menara terawal di Masjidilharam telah didirikan oleh khalifah Almansur dari kerajaan Abbasiyah pada 706 M dan kemudiannya musnah pada tahun 1552 M. Sultan Sulaiman kemudiannya telah menggantikan dengan yang baru ditapak asalnya dengan nama yang sama.
Kemudian pada 789 M, Khalifah Mahdi dari kerajaan Abbasiyyah telah membangunkan menara bab Assalam dan kemudiannya beberapa menara lagi yang dinamakan menara Bab Ali, dan menara Bab Al hazurah atau Bab Wida'. 
Pada 905 M, Khalifah Al-Mu'tadhid dari kerajaan telah membangunkan menara Bab Az-ziadah dan pada 1501 M pula, Kait bait membangunkan menara kait Bait dan akhirnya menara Assulaimaniah telah didirikan.
masjidilharam selepas pembesaran pada 1955-1976
Pembesaran Masjidilharam telah dilakukan secara besar-besaran sewaktu pemerintahan Raja Abdul Aziz Al-Saud pada tahun 1955-1976 telah meluaskan lagi Masjidilharam. 
Semasa pembesaran sekitar tahun 1988-1995 M
Sewaktu era pemerintahan Raja Fahd, keluasan Masjidilharam telah menjadi 117,480 m persegi dan ketika itulah pertama kalinya alat penghawa dingin diperkenalkan di Masjidilharam. Pembesaran ini telah menambah pintu Bab Al malik Fahd dengan dua menara. 
Masjidilharam pada 2006 M
Sempurna pembesaran Masjidilharam pada 1998, masjid ini mempunyai sembilan menara dan enam pintu utama dikenali sebagai Bab As-salam, Pintu Fatah, Pintu Umrah, Pintu Abdul Aziz dan Pintu Almalik Fahd. Ketika zaman pemerintahan Almalik Abdul Aziz, kawasan sa'i telah diperbesarkan daripada 2 lorong menjadi 4 lorong pada tahun 2006 dengan mengambil sedikit ruang solat di Bab Assalam. 
Masjidilharam pada 2011 M
Sejak tahun 2009, usaha meluaskan lagi Masjidilharam dilaksanakan dengan lebih meluas dibawah pemerintahan Raja Abdullah. Projek yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab saudi ini melibatkan pembangunan di bahagian utara Masjidilharam. 
Gambaran Masjidilharam setelah siap
Dijangka siap pada 2013, pembesaran masjidilharam ini akan menjadikan bentuk masjidilharam kearah bulatan dengan kaabah menjadi pusatnya. Pembesaran ini menambah lagi dua buah menara dan masjid ini akan menjadi masjid terbesar dengan kapasiti 1.5 juta umat Islam pada satu-satu masa. Nampaknya Masjidilharam akan mempunyai satu lagi pintu yang mungkin sekali dinamakan Pintu Abdul Aziz di bahagian utara Masjidilharam.


~dalam hati teringin nak kesana...

Jumaat, 29 Jun 2012

Perjalanan baru bermula.

Alhamdulillah, hari ini mencipta sejarah tersendiri dalam hidupku yang kini di semester terakhir di USM ini. 27 Jun 2009 adalah hari pertamaku di USM Pulau Pinang dan hari ini, 28 Jun 2012 adalah hari terakhir aku menduduki peperiksaan di USM bagi menyempurnakan pengajian Ijazah Sarjana Mudaku. Nampaknya perjalanan hidupku baru sahaja bermula. Semoga segalanya dipermudahkan.

Selasa, 5 Jun 2012

Lata Bukit Hijau 2.0

Aku pernah buat catatan pasal Lata Bukit Hijau tahun lepas dalam entri berjudul Syahdu lata Bukit Hijau. Trip kali ini, lebih seronok, lebih mencabar. Konvoi bermotosikal dari USM-Lata Bukit Hijau-Tree Top walk-Char Kuey Tiow Telur Dibasuh Sg 2. Pagi itu, kami mula perjalanan sekitar jam 9.00 pagi, bertolak ke Kulim, ke kedai Motor Lim Kok Kheng sebab ketua rombongan kami nak baiki motor. Sampai situ pun apa lagi masing2 pun adjust la mana yang patut... Tunggu motor siap, x siap lagi, jam dah pukul 11.00 am, perut meragam singgah makan jap kat warung tepi jalan. Harga boleh tahan murah... memang tak rugi terus makan tengahari kat situ.
Siap makan lebih kurang 11.30 am, balik semula ke bengkel, motor tak siap lagi.. mungkin lambat lagi, lepas adjust mana-mana yang patut, kami bergerak ke Lata Bukit Hijau. 2 biji motor tinggal dulu kat bengkel. Dari bengkel, perjalanan tak jauh, lebih kurang 40 minit. Sampai di Lata Bukit Hijau, keadaan tak banyak berubah sejak setahun yang lalu, cuma kali ni mungkin orang ramai sikit. Cuti sekolah ni ramai pulak yang bawak famili pergi makan angin kat sini. 
Area bawah dah penuh, jalan lagi keatas, agak jauh naik keatas, kami jumpa tempat baik, bawah air terjun. Syok habis. Masing-masing dah geram tengok air terjun, tukar baju terus terjun.. Amir dah terus buat terjun lipat. Aku relaks lagi, celup kaki je dulu.
Mak aih, air dia punye la sejuk, tambah pulak dengan wap dari air terjun. 
Lama kami kat air terjun tu... aku tak berendam sangat, duk lepas atas batu, berjemur je. Kena pulak aku tengah selesema masa ni, memang timing baik gila. Sedap gak berjemur ni. Macam Mat Salleh selalu buat tu...
Lebih kurang 2 jam kami disitu, kami bersiap-siap untuk ketempat lain pulak. Destinasi kami, cari masjid dulu. Lepas sembahyang, aku terkejut, ada pacat kat tempat aku solat. Kesian Haikal terpegang pacat tu. Aku pun tak tau dari mana datang mende tu. 
Perjalanan diteruskan lagi ke 'Tree Top Walk', Sungai Sedim. Tak jauh dari situ. Tiket masuk sini RM10.00. Ramai-ramai bodek akak kat kaunter tu, mintak diskaun harga student. Dapat lah kami semua tiket harga kanak-kanak RM 6.00. Yea... dapat diskaun... untung jadi student.. 
Pelan 'Tree Top Walk'
Tree top walk ni, dari segi idea, memang bagus untuk bawak pengunjung tengok kanopi dari dekat. Untuk First timer macam aku ni, mungkin rasa teruja lah dapat rasa pengalaman baru camni. Tapi aku rasa mungkin tak untuk kali kedua. Perjalanan tu rasa kosong. Dahlah tak nampak langsung burung ke, pokok-pokok yang jarang tengok. Cuma ada certain part, dapat tengok 'bird eye view' Sungai Sedim. Subhanallah, memang cantik. Walaubagaimanapun, pengalaman pertama naik TTW ni, agak gabra jugak la... Kenapa la dia guna jaring-jaring besi untuk buat lantai sepanjang laluan ni... haha.. awal-awal je gementar.. lepas tu takda la.. boleh main lari-lari lagi atas tu. 
Jam dah pukul 5.00 masa kami masuk. TTW ni buka sampai jam 5.30 je. Tak banyak sangat masa nak jalan. Sempat ambik gambar sikit-sikit je. 
1 perkara yang mungkin aku tak lupa masa atas TTW ni, pengalaman terhantuk Liana, bukan Liana Jasmin, tapi sejenis pokok memanjat. Semuanya sebab khusyuk sangat tengok gambar di kamera sampai tak perasan mende tu depan mata. Sakit jugak terhantuk. Nasib baik tak benjol kepala.
15900 mm dari aras hutan, paling tinggi 26050 mm. pandai juga orang yang buat ni guna mm. Baru la nampak tinggi sangat kan.
Jam dah 5.30 pm. Kami segera ke bengkel untuk ambil motor. Satu jam atas motor. Sampai bengkel, ambil motor, terus shoot on the road. Maghrib pun dah masuk, Jom solat dulu. Singgah solat kat masjid tepi jalan ni, lepas tu kami terus shoot ke Char Kuey Tiow Telur Dibasuh. Terkenal di Utara. Sebab apa, telur dibasuh.... haha. Tapi, kedai ni memang sesak. Harga, OK. biasa RM 3.50, besar RM 4.50, Spesial, RM 5.00. Spesial ni sebab ada telur je... Udang ada 4-5 ekor. besar tu. Hari rabu cuti. ok cukup untuk iklan.
Memang sedap pun...
Ok, last part, road balik ke markas. Masa atas highway dah split 2 team, team LC laju kehadapan meninggalkan beberapa biji yang lambat macam aku ni. Satu ikut highway atas, satu lagi ikut highway bawah. Yang penting ikut highway bawah sampai dulu.. yeha. Lastly, jumpa balik kat atas feri. Then terus shoot balik USM. Hari ni aku rasa sangat letih dan aku terus tergolek atas katil lepas balik bilik.
The best part in your life is when you spend with somebody that enjoy the same thing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...