Pages

Selasa, 26 Februari 2013

Jom Belajar Sejarah Korea Selatan

Kali ni kita akan belajar sejarah Korea Selatan melalui duit kertas won. Ye, dengan Not-not kertas. Sebelum itu, matawang Korea Selatan dikenali sebagai Won. 1000 KRW lebih kurang 3.00 MYR. wang kertas mereka hanya ada nilai 1000, 5000, 10000 dan 50000 sahaja. 


Nampak gambar perempuan tu? Itulah gambar Shin Saimdang, seorang penulis syair dan juga pelukis kaligrafi. Beliau merupakan ibu kepada Yulgok, seorang Ilmuan Confucius di Korea. Beliau juga terkenal dengan jolokan nama Eojin Eomeoni (Wise Mother) Beliau  berkahwin dengan Komander Yi Won-Su semasa berusia 19 tahun. Memandangkan beliau tidak mempunyai adik-beradik lelaki, beliau telah diberikan pendidikan dimana zaman beliau hanya lelaki sahaja yang mendapat pendidikan dan hal ini memberikan kesan terhadap cara beliau mendidik anak sehinggakan berjaya melahirkan seorang ilmuan terkenal iaitu Yulgok. Sumbangan terbesar beliau sehingga diabadikan dalam not terbesar ini kerana peranan beliau yang telah melahirkan dan mendidik anaknya sehingga berjaya seperti Yulgok. Beliau telah meninggal dunia secara tiba-tiba ketika berusia 48 tahun di Pyongan. Namanya masyhur kerana hasil kerja beliau dalam kaligrafi dan penulisan sajak. Seperti ungkapan bijak pandai; Tangan yang lembut menghayun buaian mampu menggegar dunia.


Inilah dia salah seorang anak kepada Shin Saimdang, Yi I atau juga dikenali sebagai Yulgok. Beliau merupakan salah seorang ilmuan dan juga seorang tokoh politik terkemuka semasa Dinasti Joseon. Beliau dilahirkan pada 1536 M di Gangneon, di wilayah Gangwon. Beliau juga pernah mecadangkan kepada kerajaan Korea ketika itu untuk mempersiapkan ketenteraan kerana bimbang tentang ancaman Jepun namun ditolak. Bagaimanapun, kebimbangan beliau terbukti apabila tercetusnya peperangan Imjin (Imjin War) atau Korean war (1592-1598), peperangan antara Korea dan Jepun selepas kematiannya. Kerajaan Republik Korea juga turut megabadikan namanya dalam 'Projek Yulgok', sebuah projek pemodenan angkatan ketenteraan Korea Selatan. 

Di not 10000 ini pula ialah King Sejong The Great yang merupakan mahaja keempat Dinasti Joseon, menaiki takhta pada 1418. Beliau juga yang telah mengarahkan ilmuan-ilmuan ketika itu untuk mencipta sistem tulisan Korea seperti sekarang memandangkan ketika itu rakyat menggunakan sistem tulisan dari China dan tidak semua rakyat berkemampuan untuk belajar menulis tulisan China dan ini menyukarkan urusan pentadbiran apabila memo beliau tidak dapat sampai kepada rakyat sepenuhnya.
dari segi keselamatan negara, beliau membangunkan teknologi ketenteraan melalui pembinaan meriam, panah dan juga penggunaan serbuk peledak (gunpowder).
Beliau juga turut mencipta jam matahari seperti di belakang not 10000 ini untuk memudahkan petani mengetahui musim bertani.
Beliau dikatakan terlalu memikirkan rakyat beliau sehingga terlupa untuk makan dan minum. Kebanyakan masa beliau digunakan untuk membaca, berbincang bersama pembesar-pembesar negara bagi memajukan negara.

Not 1000 ini pula merupakan gambar Yi Hwang ataupun nama penanya Teogye, seorang ilmuan Confucius semasa Dinasti Joseon. 40 tahun perkhidmatan, beliau sempat berkhidmat dengan empat orang raja iaitu; Jungjong, Injong, Myeongjong dan Seonjon. Toegye Studies Institute telah ditubuhkan di Seoul pada 1970 bagi memperingati jasanya. 

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..
Selagi hidup selagi itu berbakti, nescaya diingati, namamu diabadi.

updated: 26 Februari 2013

Selasa, 12 Februari 2013

Korea Selatan: Perspektif TKJ

Peluang mengunjungi negara orang bukan semata-mata melancong tetapi haruslah mempunyai tujuan yang lebih besar iaitu memerhati budaya, sejarah dan tamadun sesuatu negara. Berikut adalah kesimpulan daripada pengamatan semasa kunjungan ke Korea Selatan. 

Korea Selatan selain daripada Jepun memang terkenal dengan ketekunan rakyatnya bekerja. Dan maklumat daripada Kak Zai (guide kami) pekerja-pekerja di Korea Selatan ini tidak akan pulang ke rumah selagi boss mereka tak balik. Lagi satu, sudah menjadi adat atau mungkin seakan-akan kewajipan disini, office mate akan minum sekali atau meluangkan masa selepas waktu bekerja bagi merapatkan hubungan antara mereka. Dari sudut ini, memang tidak dinafikan dan perlu kita contohi ketekunan mereka bekerja.

Rakyat Korea gemar menggunakan subway untuk bergerak dan ini tidaklah menghairankan kerana subway di Korea Selatan sangat effisyen ditambah pula dengan kos menggunakan pengangkutan sendiri yang mahal. Minyak petrol tiada subsidi dan kos parkir kereta juga mahal. Menurut Kak Zai kadar parkir disitu lebih kurang RM 30 sekali masuk. Terdengar rumours, Tren mereka ini yang sudah expired akan dihantar ke Malaysia untuk kegunaan tren di Malaysia pula (tak pasti betul atau tidak).
Subway di Seoul.. agak pening nak tengok. Sistem Subway mereka sangat effisyen dan memudahkan

Dari segi pemakanan, rakyat Korea banyak makan sayur-sayuran berbanding lauk-lauk. Setiap kali makan juga tidak dihidangkan air manis seperti kebiasaan di Malaysia tetapi hanya disediakan air kosong sahaja. Mereka juga jarang menggunakan minyak untuk memasak dan kebanyakan masakan mereka dengan steam atau rebus sahaja. Sebab tu lah, susah nak cari orang Korea yang gemuk dan sepanjang aku di sana, tak jumpa seorang pun yang gemuk.

Kopi adalah salah satu minuman kegemaran rakyat Korea dan banyak Coffee House boleh didapati di Korea Selatan. 

Setiap lelaki di Korea Selatan wajib menjalani khidmat ketenteraan selama dua tahun bagi memastikan mereka sentiasa siap sedia terhadap ancaman daripada Korea Utara memandnagkan mereka tidak pernah berdamai atau dalamn erti kata sebenar, mereka masih lagi berperang. Kesannnya kita dapat lihat masyarakat Korea Selatan sangat berdisiplin dan kita akan berasa selamat walaupun berjalan seorang diri pada tengah malam.

Sempat bergambar dengan askar Korea Selatan. Dia sedang menjalani 'Military service' dan mereka wajib memakai uniform selagi belum sampai ke rumah. Jumpa di Seoul Station.
Sewaktu aku mengndalikan tempahan bas, aku perasan sesuatu, orang Korea ni sangat teliti terutamanya masa dan lokasi. Aku selalu berurusan dengan syarikat bas di Malaysia, tetapi nampaknya kaedah dengan orang Korea ni lain sikit. Semuanya perlu dibuat dengan teliti.

Dari segi cara hidup dan pemakanan, tidak hairanlah jangka hayat penduduk di Korea Selatan agak tinggi itupun kalau tak bunuh diri.

Penduduk Korea ni tak suka berbahasa Inggeris dan kalau orang tanya dalam bahasa Inggeris memang diorang buat sombong tak nak layan. Aku dah pernah kena dah. Lain kali kena belajar bahasa Korea dulu kalau nak pergi lagi. Lagi satu sikap diorang ni, diorang berjalan laju tak seperti kita di Malaysia yang santai.

Tandas? Ada yang bersih dan cantik, dan ada juga yang tak berapa bersih. Cuma agak 'awkward' bila kebanyakan tandas mereka tak guna air untuk bersuci. Geli pulak rasa kalau guna tisu. Bagi aku, yang ni aku tak suka. Tapi toilet di Naminara ni memang santik..

Diorang punya tandas siap ada sudut membaca lagi... 

Lagi satu, penduduk di Korea ni satu ketika dahulu beragama Buddha, kemudian Kristian dan kini majoriti mereka free-thinker dan aku lebih suka guna 'agama kapitalis' sebab tu lah kalau susah-susah hidup je bunuh diri... 

Kesimpulannya, ada sesetengah perkara yang memang perlu kita ikut dan pelajari. Ada sesetengah yang lain, kita perlu kekalkan. Aku setuju dengan wawasan 2020, 'Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 mengikut ACUAN kita sendiri'. Tak perlulah kita menjadi terlalu AMERIKA ataupun terlalu KOREA, yang penting, jati diri sebagai warganegara dan muslim sentiasa dipelihara. 


'I Love Korea, but I Love Malaysia much more'



Isnin, 11 Februari 2013

Korea Selatan, tugasan dan tanggungjawab

Pertama sekali kupanjatkan syukur pada Ilahi kerana telah memberikan peluang peluang untukku menjengah ke bumi Sonata untuk kali yang pertama dalam hidupku. Berada di Korea Selatan selama 6 hari dan 5 malam, atas tajaan FELDA demi tugas. Membawa rombongan seramai 41 orang terdiri daripada pegawai FELDA, dan pelajar Universiti. Sememangnya aku tidak punya pengalaman mengurus rombongan besar sebegini untuk ke luar negara, namun kubersyukur, Allah permudahkan segalanya walaupun persiapan hanya sebulan. Alhamdulillah. 
Terima kasih kuucapkan kepada Datuk Ahmad Faiz yang telah memberikan dorongan dan semangat untuk kuteruskan misi ini memandangkan pelbagai cabaran kuhadapi, tekanan pelbagai pihak,    masalah birokrasi, dan sebagainya. Semuanya kuterima dengan berlapang dada kerana aku sedar, inilah dia rempah ratus kehidupan dan setiap cabaran itulah yang mendewasakan kita. 
With Serena and Danny of Philhouse
Kerana program inilah aku dapat berkenalan dengan Mr Lee Moonil, big boss syarikat Bas di Seoul, Kim Ji Hun, pegawai di Saemaul Undong Central Training Institute, Danny dan Serena daripada Philhouse. Semuanya telah ditentukan. 

With Mr Lee Moonil
With Kim Ji Hun of SUCTI














Terima kasih kepada Mr Lee Moonil yang telah menemankan shopping di Namdaemun Market... (walaupun Mr Lee tak akan dapat faham apa yang tertulis disini) Kalau tak boleh sesat pusing-pusing di Namdaemun market. Terima kasih juga untuk hadiah kipas dan tuala tu, akan kusimpan sebagai kenangan. 
Juga kepada Izzat Muhaimin Madisa dan Kak Zai yang banyak membantu. Kena bagi kredit banyak-banyak untuk dua orang ni sebab tanpa bantuan Izzat dan kak Zai pasti trip ni tak dapat pujian dari Datuk. Last but not least, terima kasih banyak kepada Rizal Sa'ari yang banyak ambil gambar aku... Thank You so much my dear. (Untung la kalau kau baca entry ni). 

Next Entry: Korea Selatan dari perspektif TKJ

Jumaat, 8 Februari 2013

CNY.. Meriahnya cuti

Tahun Baru Cina sudah tiba, semua pakat-pakat cuti Sabtu-Selasa. Ibukota semakin lengang, Lebuhraya semakin sesak, kenderaan berpusu-pusu keluar dari Ibukota. Terutamanya orang Melayu, cuti ini pastinya digunakan untuk pulang kekampung, meluangkan masa bersama keluarga. Bagi yang buat persiapan awal, mungkin dah tiba ke kampung, bersama keluarga...
Bagi yang tidak merancang dan lewat buat persiapan jadilah macam aku.. masih lagi terkandas di Terminal Bersepadu Selatan... 30 minit beratur panjang untuk membeli tiket dan 6 Jam menunggu bas untuk ke Johor. Mak, Abah, Adik, Kakak, Abang dan sahabat handai, doakan perjalananku. Semoga selamat sampai.
Sejuk di TBS ni... rasa macam di Korea Selatan lagi..  (ok, next entry pasal Korea Selatan. Tunggu.)
Sabar menunggu giliran, beratur panjang demi pulang kekampung halaman. Terkenag-kenang kampung halaman.. Felda tercinta.

Jumaat, 1 Februari 2013

Korea Selatan Day 1

Berpeluang berkunjung ke negara orang memang seronok. Kali ini, kunjungan sebenarnya atas tujuan membuat penelitian berkaitan pembangunan projek Saemaul Undong di Korea Selatan. Kami seramai 42 orang semuanya. Sebagai sampingan, kami dibawa melawat sekitar Korea Selatan bagi melihat pembangunan dan budaya rakyat Korea Selatan.
Pagi ini kami bergerak awal ke LCCT, sekitar jam 6.00 pagi kami ke sana kerana penerbangan kami dijadualkan pada jam 8.50 am waktu Malaysia. Kami tiba di LCCT pada jam 6.00 pagi dan terus check-in. Selepas itu kami membuat persiapan masing-masing dan clear baggage dan terus ke tempat menuggu. Flight kami, mula berlepas tepat jam 8.50 pagi. Destinasi kami, Incheon Airport, Korea Selatan.


Kami tiba ke lapangan terbang Incheon, pada jam 4.10 pm waktu Korea. Di Korea, jam 1 jam lebih cepat berbanding Malaysia. Sampai disini hari sudah mula gelap dan ketibaan kami disambut oleh Izzat, kontek kami disana dan juga Mr Lee Moon Il, penyelia pengangkutan darat sepanjang kami di Korea. Cuaca sangat sejuk disini, mencecah -c memandangkan waktu ini musim sejuk disini.

Tempat mengambil baggage di Incheon



Memberikan taklimat ringkas perjalanan sepanjang di Korea
Sewaktu semua peserta siap menaiki bas, dan bas mula berjalan, kami gempar, 3 orang peserta hilang. Kami berpatah balik ke Airport dan mula mencari. Memandangkan masalah komunikasi dan kami pula tidak dapt membeli kad sim telefon, komunikasi agak susah dan mujurlah ada talian internet dan bolehlah kami berhubung dengan mereka. Rupanya mereka pergi menghisap rokok sewaktu semua peserta mengangkat barang masuk ke bas. Bersyukur aku, mereka semua dapat dijumpai. Namun, suasana agak tegang seketika kerana ketua rombongan kami, Datuk Ahmad Faiz agak marah kerana mereka tidak memberitahu sesiapa mereka pergi kemana. Perjalanan kami ke Itaewon sunyi seketika didalam bas. 

Kami berjalan kaki ke restoran dari jalan besar kerana disini agak berbukit dan lorong sempit menyebabkan bas tidak dapat masuk. Mujurlah Izat ada disitu membantu kami menunjukkan jalan.
Malam ini, kami makan malam di sebuah restoran ala-ala mamak dan aku pun tidak pasti sama ada daripada Pakistan atau Timur Tengah, tapi Izzat dah maklumkan makanan disini Halal. Percaya pada Izzat kami tidak banyak soal, terus menjamu selera. Kami disitu bersama-sama pegawai dari Kedutaan Malaysia sehinggalah kami selesai makan malam. Izzat maklumkan, di Itaewon banyak kedai makanan halal kerana banyak warga asing dari Timur Tengah beragama Islam di sekitar Itaewon ini. Di sini juga terdapat masjid terbesar di Seoul, tetapi kami tidak berkesempatan kesitu pada malam ini.

Itaewon Street
Selesai makan malam, kami bergerak ke Phil House Guesthouse yang terletak di Gwangjin-Gu. Di sini berdekatan dengan stesen Achasan yang terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki sahaja. Terletak dikawasan sedikit berbukit, tingkat bawah terletak kedai runcit 24 jam dan untuk ke Philhouse perlu menaiki tangga ke tingkat atas. 
Check in bilik, sangat selesa untuk Guesthouse. Kami terus menghidupkan heater kerana kesejukan. Hari pertama berakhir disini kerana kami keletihan perjalanan lebih kurang 6 jam di dalam kapal terbang dan juga perjalanan darat yang lama. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...