Pages

Sabtu, 30 Julai 2011

Lata Ulu Lawin

24 Julai 2011.
Namanya Lata Ulu Lawin, airnya jernih dan sejuk... mengalir tenang diselangi deruan air melalui celahan bebatuan sungai. Hari itu hari minggu, jam 9.30 pagi masih tiada bayang pengunjung kelihatan. Nampaknya kami pengunjung terawal. Matahari semakin meninggi, mujurlah pokok-pokok hutan menghijau memberikan teduhan. 


Melintasi Jambatan gantung yang semakin mengusang, aku terhibur dengan bunyi deruan air yang jernih sehingga kelihatan pasir putih di dasarnya. Memandang ke air,  tiada kelibat ikan kelihatan seolah-olah air jernih ini tidak berpenghuni.
Tatkala kaki menyentuh gigi air, jelas terasa kedinginan air Ulu Lawin ni. Dalam hati aku berkata, patut la takde orang datang mandi lagi.... Puas bermain air, kami berhenti seketika makan bekalan yang kami bawa. Sekadar bihun goreng, roti sandwich dan sedikit buah-buahan. Selesai kami makan, barulah ada pengunjung yang datang... Memandangkan 'port' mandi kami dah diambil, kami bergerak ke atas sedikit ke kawasan yang berpasir dan cetek. 

Puas mandi di situ, aku duduk sahaja di atas jambatan gantung melihat telatah kawan-kawan yang masih belum puas berendam. 
Tengahari itu, kami berkemas dan mula bergerak pulang. Lebihan makanan dan air mineral yang kami bawa, kami berikan kepada pelajar sekolah yang kebetulan berkhemah di situ.
Antara reptilia yang aku jumpa:

 Gambar-gambar lain di Lata Ulu Lawin:







 Sebelum balik, gambar terakhir yang sempat aku rakam:

Hari itu berlalu dengan penuh kepuasan. Walaupun badan keletihan, namun aku puas. Bersama rakan-rakan meluangkan masa, saat itulah merupakan kenangan yang akan diingati. Seperti kata seorang sahabat, "Hidup ini tak selalunya indah tetapi yang indah selalu dalam kenangan". 
Sekian untuk entry kali ini. Assalamualaikum...

Selasa, 26 Julai 2011

Dari Tanjung Leman, Johor...

Tanjung Leman, terletak di Timur laut Johor, menghadap ke Laut Cina Selatan. Pantai ini merupakan antara kawasan peranginan menarik di Johor. Aku sempat berjalan-jalan sekitar pantai ini minggu lepas semasa aku berada di sekitar Mersing atas urusan kerja. Memandangkan blog ini merupakan catatan perjalanan aku, rasanya tak perlulah aku bercerita tentang kerja.. hehe...
Ok, straight to the point, serba sedikit tentang tempat ni, disini pantainya boleh tahan, kalau skala no 1 yang terendah dan no 5 paling tinggi, aku bagi no 3 untuk pantai ni.. hehe. Tanjung Leman terletak di daerah Mersing, lebih kurang 30 minit dari bandar Mersing.
Dari pantai Tanjung Leman ni, korang boleh nampak Pulau Sibu antara kawasan tarikan pelancong di negeri Johor. Kawasan pantainya agak rendah disebabkan hakisan ombak kerana pantai ni terdedah dengan laut terbuka, laut cina selatan, cuma ada sekelompok kepulauan Sibu mengurangkan kesan ombak..
Kesan hakisan
Di sini, kalau nak menginap ada Felda Residence, rate x sempat nak survey.. tapi tengok dari luar, resort ni memang cantik.. sesuai la kalau nak berbulan madu ke atau nak wat function kat sini.
Kat sini, aku rasa perlulah kerajaan johor wat benteng penahan ombak kalau taknak pantai tanjung leman ni terus terhakis... Pantai ni boleh terus dimajukan untuk jadi tempat pelancongan yang penting pengurusan.. 
Kat sini, kalau nak makan ada tempat makan, nak makan dalam air-cond, bolehlah makan di KFC... jeti ke Pulau Sibu dekat je, kalau banyak duit boleh terus ke sana, pakej bot, penginapan dan makan di Pulau Sibu.
Last word, TQ kepada Mr Ery, yang drive kereta bawak aku pergi jalan-jalan kat Tanjung Leman.
Macam biasa, untuk yang terakhir, gambar-gambar sekitar Pantai Tanjung Leman,

The Kerang

Pantai Tanjung Leman

Tanjung sebenar

rumpai laut terdampar di pantai



ragam siput

Panorama senja


Ahad, 10 Julai 2011

Hari Peneroka 2011

7 Julai 2011, genap 55 tahun FELDA ditubuhkan sebagai sebuah organisasi. 50 tahun pertama FELDA telah berlalu dan kita telah melihat betapa pesat FELDA telah membangun... daripada sebuah organisasi yang tiada nama, dipandang rendah pada zaman awalnya, kini rakyat Malaysia amnya dan warga peneroka FELDA khasnya, boleh berbangga dengan FELDA. Jika 50 tahun pertama FELDA telah berjaya membasmi kemiskinan, meningkatkan taraf hidup warga peneroka, 50 tahun kedua FELDA dilihat lebih mencabar.
Untuk entry kali ni, jom kita sama-sama ronda sekitar tapak Hari peneroka, Padang Daerah Maran, Bandar Tun Razak Jengka...
Hari Peneroka 2011, dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, mungkin mencipta kenangan tersendiri bagi setiap warga peneroka. Berjalan-jalan sekitar tapak, aku melihat suasana, melihat ragam warga peneroka. Kalau difikirkan, memang semuanya keletihan, penat didalam bas belum lagi hilang datang pula kesini, maklumlah, rata-rata peneroka bukan sahaja dari jengka, tetapi juga dari seluruh Malaysia, berstatus peneroka di tanah rancangan FELDA.
Jika tahun lepas bertemakan "Meneroka inovasi negara", tahun ini pula membawa tema "kelestarian". Dengan tema "Melestari Kesejahteraan Peneroka" aku berharap, kemakmuran yang dinikmati ini dapat dipertahankan. 


Sesungguhnya benarlah firman tuhan, 
"Jika kamu bersyukur dengan nikmatku aku akan tambah, dan jika kamu kufur dengan nikmatku, sesungguhnya azabku amatlah pedih" (surah Ibrahim:7)


Pengisian sepanjang karnival seperti tahun-tahun yang lalu, perasmian oleh YAB Dato' Seri Najib, penyampaian anugerah, dan pameran. Tahun ini, FELDA Bukit Tunggal berjaya merebut johan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) bernilai RM 1 juta. Tahun ini tahun keempat tanah rancangan FELDA dari Johor memonopoli AKKF. Agaknya bilalah tempat aku nak menang.. hehe.
Gambar sekitar Hari Peneroka 2011.
Model Terminal bersepadu Jengka

Najib zaman muda
Antara bahan pameran

My best snapshoot
Akhir kata, semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan memimpin para pemimpin negara ini untuk terus mencurahkan bakti kepada rakyat.. amin.

Sabtu, 2 Julai 2011

Musim Durian kembali lagi



Suka makan durian? Rugi kalau tak makan durian... macam hilang satu nikmat hidup.. haha
Untuk entry kali ni, aku nak berkongsi pasal pesta buah-buahan di Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia. 
Memang sekarang ni tengah musim buah-buahan di Pulau Pinang. Buah yang ada, durian, manggis, rambutan... Di kampung aku pokok durian tengah berputik, lambat sikit berbuah... mungkin dalam bulan julai kot musim buah.
Ok, terus pada cerita. Destinasi kami (aku pergi dengan empat orang kawan aku) tak jauh, dalam 30 minit dari USM. Jalan ke Balik Pulau macam biasa lah, naik bukit. Sebab tu lah perjalanan agak lama...
Kami beli tiga biji durian, satu setengah kilogram buah manggis dan seikat buah rambutan, semuanya RM 57.00.. Agak puas hati juga. Sekali-sekala makan durian ni.. bukan selalu pun... Durian pun cantik, isi kuning keemasan... memang puas hati la..
Cantik kan... rasa nak makan durian tak? hehe
Selalunya, kalau makan durian aku memang mencari-cari "kucing tido" ataupun durian yang ulasnya hanya seulas... macam ni..
Durian ni, kalau makan banyak, badan rasa panas. Orang tua-tua kata, kalau nak elakkan badan panas lepas makan durian, minum air guna kulit durian tu lepas makan.. Mungkin betul, setakat ni takde lagi aku tak boleh tido sebab panas badan makan durian..

Kumpul balik kulit-kulit buah-buahan yang kami makan... banyak juga... durian 3 biji 6 kilogram, manggis satu setengah kilogram, dengan rambutan seikat.. dalam masa sejam... kulit je tinggal..
Yang best, tempat pesta ni kat atas bukit, dari sini boleh nampak seluruh kawasan balik pulau.. 'bird eye view' gitu..


Ok, sampai disini dahulu.. salam travelog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...