Pages

Rabu, 18 Mei 2011

syahdu lata bukit hijau

Baru minggu lepas aku telah berjaya melepasi misi menawan Lata Bukit Hijau, berjalan kaki sekitar 25 km. Panas mentari bukan halangan. yang penting, misi berjaya.. hehe.
Lata Bukit Hijau, terletak di Hutan Simpan Gunung Inas, Baling, Kedah. Facilities yang ada, Ladies/Gent, Musolla (malam takde elektrik). Tempat mnadi banyak, jangan risau. Air sentiasa mengalir.  Untuk kali ni, aku sempat ke hilir sahaja. Tak banyak masa nak explore lebih-lebih..
Tak nak cerita banyak, kat sini aku tunjukkan gambar yang sempat aku snap semasa di sana.






Atas faktor masa dan sedikit kekangan, aku tak sempat nak naik keatas, so, yang ni sahaja boleh dikongsikan. Mungkin aku akan rindu nak mandi air sungai yang jernih ni, maklumlah, jarang tengok air bersih mengalir, banyak sungai dah tercemar. Insyaallah, ada peluang aku nak lagi ke sana.

Ahad, 15 Mei 2011

Oh USM

Cuti semester telah pun bermula. tinggal beberapa kerat je student yang ada di USM ni... masing-masing da balik ke rumah, sibuk dengan urusan masing-masing. Aku? masih di USM, meneruskan latihan industri dengan lecturer di sini, bersama-sama rakan-rakan yang lain. USM ni dah macam kampung halaman no. 2 aku.. haha. So, untuk entry kali ni, jom jalan-jalan ke kampus minden. 
 
Ni la desasiswa tempat aku menginap. DESASISWA INDAH KEMBARA namanya. Dahulunya aku sangat terkejut berpindah ke sini, agak teruk juga keadaan bilik, tapi, selepas 'renovation', alhamdulillah, sangat selesa.
Desasiswa Indah Kembara
berjalan-jalan di sekitar USM, tempat yang agak seronok untuk dilawati, tasik fajar dan tasik harapan... tarikan utamanya... biawak.. Antara haiwan yang digemari warga USM.. haha. Kalau hari biasa, tiap-tiap petang ada yang bagi makan kat ikan dan biawak ni. Satu untuk kau, satu untuk aku, nyam nyam. Selalunya, kalau aku berjoging, tasik ni akan menjadi checkpoint no 2, di 'outdoor gym' bersebelahan tasik. relaks kat situ, agak-agak nak maghrib baru balik. Air tasik ni memang hijau, tapi, ikan kat sini ,memang sihat-sihat. Maklumlah, ramai yang bagi makan...

Lagi, aku nak tunjukkan kompleks BHEPP yang baru, mula digunakan Mei 2011, juga dikenali sebagai Kompleks Cahaya, yang merangkumi semua unit yang dikendalikan di bawah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP). Yang ni aku tunjukkan gambar kompleks cahaya.
Kompleks Cahaya
Jadi, lepas ni, segala urusan berkaitan BHEPP, senanglah nak berurusan memandangkan semuanya dah diletakkan dibawah 1 bumbung. Semua pejabat persatuan pelajar pun ada disediakan disini. Kat bawah ni gambar BHEPP lama di atas bukit menghadap jambatan Pulau Pinang.
Bangunan ni dulu, tempat aku turun naik selesaikan program persatuan. Bangunan lama sejak zaman british dulu. Kat depan bangunan ni lah checkpoint 1 kalau aku berjoging. Dah penat berjoging, rehat sekejap sambil tengok jambatan pulau pinang tengah 'jamm'. haha.


Lagi satu tempat hot kat USM ni, takde lain, pusat sejahtera. sangat-sangat penting kalau ada emergency, sakit gigi, demam, pening kepala, dan bagai-bagai.

USM ni dulu asalnya kawasan British, jadi banyak bangunan design kolonial di USM ni. kat bawah ni aku tunjukkan gambar-gambar peninggalan British yang menjadi live monumen tapak-tapak kaki British kat sini.
bangunan pejabat pos
bunker lama, sekarang tempat menyimpan bahan kimia.
OK, yang ni pula gambar evolusi DTSP dulu dan sekarang
gambar DTSP tahun 2008
gambar DTSP terkini, tahun 2011
korang sendiri boleh tengok kan perbezaannya. sekarang ni, DTSP masih lagi dalam proses renovation dalaman dan dijangka siap menjelang sesi pengmbilan pelajar baru kan datang sesi 2011/2012.
DTSP ni merupakan dewan Konvokesyen di USM kampus induk dan juga dewan utama program-program universiti yang melibatkan ramai orang.

Tempat lain kat USM ni, korang boleh jalan-jalan di Durian Valley, ataupun boleh juga jalan-jalan di Muzium, yang juga dikenali Galeri Tuanku Fauziah. Muzium ni dikelolakan student Pusat Pengajian Seni. Nak tau camne, pergilah melawat.
Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah

Nak cari tempat makan? Tak susah, kafeteria banyak. Kafe paling 'famous' kat USM ni, Kafeteria Indah Kembara bawah. rate paling ramai orang makan kat sini waktu lunch. aku sendiri pernah tengok TNC OO sempat ambil sosej je untuk makan tengah hari sebab lauk da habis. hehe. Tarikan utamanya, harga yang sangat rendah kalau nak banding dengan kafeteria yang lain. bayangkan, dengan RM 3.00, korang boleh makan ayam, sayur, dan telur mata. Puas hati kan. 

Kalau nak tempat yang agak best sikit, kalau korang ni jenis yang banyak duit, pergilah makan di Anjung Budi ataupun Anjung Semarak. Makanan kira sedap la, tapi yang best tempat makan tu. Kalau kat Anjung Budi, yang best tempat dia atas bukit. pemandangan cantik, tenang je rasa. Kalau kat Anjung Semarak pulak, bangunan dia cantik, bumbung kaca ada air mengalir kat atas bumbung. tapi, kalau kat  Anjung Semarak ni, hati-hati kalau emergency nak ke toilet, takde toilet kat situ, paling dekat kat Dewan budaya. haha.. so, hati-hati.

This one, aku rasa sape-sape yang tak pernah pergi, aku tak tau la nak kata apa, ni Masjid Almalik Khalid, the most sacred place in USM. 
Masjid Almalik Khalid
Untuk kali yang terakhir, aku tunjukkan bangunan Canselori, tempat VC bersemayam.. haha. 
Bangunan Canselori
Ok, maybe that's all untuk entry kali ni. nanti aku cuba post pasal flora dan fauna kat kampus minden pulak..
ok, bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...