Pages

Isnin, 31 Disember 2012

Coretan 2012

Pertama sekali kupanjatkan kesyukuran pada Rabb yang maha Esa, atas limpahan rahmatNya masih lagi ku diberikan peluang untuk menghirup nafas di bumi bertuah ini.
Tidak berapa lama lagi tahun 2012 akan berlalu pergi dan bakal menjelmalah tahun 2013 yang masih lagi menjadi satu misteri. Kesempatan ini, kupohon ampun dan maaf buat semua sahabat dan kenalan andai sepanjang tahun 2012 ini ada kelakuan, pertuturan yang mungkin terkasar atau terlanjur kata. Sesungguhnya aku hanyalah insan biasa, tidak lepas dari salah dan noda. Seandainya ada kesilapan kepadaku, sesungguhnya Allah menyaksikan, aku ampunkan setiap kesalahan sesiapa sahaja atas diriku. 
Tahun 2012 ini banyak memberi pengajaran kepadaku tentang erti kehidupan, memberi makna tentang persaudaraan dan menyimpan seribu satu kenangan yang pasti akanku kenang selagi hayat dikandung badan. Aku bersyukur, dalam tahun ini aku berjaya menamatkan latihan kadet dan ditauliahkan dalam Rejimen Askar Wataniah, berjaya menamatkan pengajianku dan berjaya mendapatkan ijazah pertamaku, dan yang paling penting, aku kini semakin hampir ke alam pekerjaan. Cepat sungguh masa berlalu sehinggakan tidak sedar, usia kini makin meningkat, tanggungjawab semakin berat.
Tahun 2013 yang akan datang ini, seperti biasa, azamku hanyalah ingin menjadi lebih baik dari semalam. Walau apa halangan yang tiba, kupanjatkan doa kepada Allah yang maha Esa, semoga segala urusanku dipermudahkan.
Sekian, Bismillahitawakkaltu 'alallah.

Sabtu, 29 Disember 2012

My Mom's Orchid 2.0

Balik bercuti sesuatu yang dinanti-nanti. Sampai di rumah, bersalam dengan mak dan ayah aku terus ke tanah, keliling rumah semata-mata mencari apa yang sudah berubah. 
Di hadapan rumah, rumput kerpet yang kutanam telah menghijau. Alhamdulillah, tanah subur. 
Di sebelah kiri rumah, dua pokok pisang Tanduk dan anak pokok Pisang Cavendish sudah tiada. Mak kata mati kerana serangan ulat. Mungkin tiada rezeki merasa pisang Cavendish kutanam sendiri. Mujur, Pisang Rempineng di sebelah kanan rumah tak kena serangan ulat. Buahnya dah besar. Tunggu masa untuk dituai.
Di depan, agak meriah kerana orkid berkembang mekar, mewarnai dan meberi seri. Sepanjang jalan ke anjung aku tersenyum, mak beli orkid lagi...




Sabtu, 1 Disember 2012

Photolog: Masjid yang akan tinggal sejarah

Pembaharuan dan pemodenan adalah baik jika kena dengan caranya. Bagaimana pula dengan agama? Dibawakan disini, tiga masjid yang bakal hilang mungkin hanya tercatat dalam sejarah dan biarlah dicatatkan disini andai benar tiga masjid ini bakal lenyap di pandangan, semoga sejarahnya terus kekal berpanjangan...
Kerajaan Arab Saudi dikatakan akan memusnahkan tiga masjid yang merupakan antara tertua dalam dunia Islam bagi memberi laluan kepada pembesaran Masjid Nabawi .

Oct 30, 2012 

Three of the world’s oldest mosques, including Prophet Mohammed (pbuh)’s tomb, are set to be destroyed as Saudi Arabia ploughs ahead with plans to expand the kingdom’s second holiest site, it has been reported.

Construction work on the Masjid an-Nabawi in Madinah, where the Prophet Mohammed is buried, is due to start next month. Under the proposed plans the site will be developed to include a mosque with a capacity for 1.6m worshippers, The Independent newspaper said.

The redevelopment is due to take place to the west of the existing mosque, which holds the tombs of Islam’s founder as well as his companions Abu Bakr and Umar.

Just outside the western walls of the current compound are mosques dedicated to Abu Bakr, Umar and Masjid Ghamama, built to mark the spot where the Prophet is thought to have given his first prayers for the Eid festival.

Authorities in the Gulf state have not announced any plans to preserve the three mosques, which have existed since the seventh century, The Independent said.

Saudi Arabia is spending billions of dollars developing Makkah in a bid to allow more pilgrims to visit the holy city. More than 10m people travel to the city throughout the year, while around 4m attended this year's hajj pilgrimage.

It will not be the first time authorities have bulldozed historic sites in Makkah and Medina to make way for new developments.

The Gulf state knocked down the Ottoman-era Ajyad Fortress and the hill it stood on to make way for the Jabal Omar complex and has also redeveloped the Prophet’s birthplace and the house of his first wife Khadijah, said the newspaper.

The Washington-based Gulf Institute estimates that 95 percent of the 1,000-year old buildings in the two cities have been destroyed in the past 20 years."


1. Masjid Abu Bakar

2.  Masjid Umar

3. Masjid Ghamama

"Pembangunan itu perlu, tapi dimanakah letaknya nilai sejarah dan nilai sentimental?"

baca lagi : http://www.constructionweekonline.com/article-19269-historic-mosques-in-madinah-to-be-bulldozed/#.ULjoEOQ5ivl

Photolog: Koleksi Kunci Kaabah

Kunci bukan sebarang kunci. Kunci pintu bukan sebarang pintu. Pintu rumah bukan sebarang rumah. 'Rumah' tuhan Ilahi, sembahan seluruh alam. Kunci yang hanya diberikan kepada yang berhak, keluarga As-Syaibah yang diisytiharkan Nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w. 
Berikut adalah koleksi khas gambar kunci pintu Kaabah.
sumber: skycrapercity.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...