Pages

Khamis, 3 Januari 2013

Belasungkawa: Kanang Anak Langkau

Saya baru sahaja mengetahui berita kematian Kanang Anak Langkau semasa menonton berita petang di RTM 1 petang khamis yang lalu. Beliau dilaporkan media, meninggal dunia pada awal pagi 3 Januari yang lalu kerana sakit jantung. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.45 pagi di Hospital Umum Sarawak, Kuching. 

Beliau berjasa besar dalam membebaskan negara daripada ancaman pengganas komunis sekitar 80-an. Beliau pernah ditembak sebanyak tiga kali dan terselamat dan dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), Panglima Gagah Berani (PGB) dan juga Pingat Panglima Bintang Kenyalang (P.G.B.K). Di akhir perkhidmatan, beliau merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer, Rejimen Renjer Diraja. 
Berkesempatan berjumpa berdepan dan bersalam dengan beliau di UUM pada tahun 2012 yang lalu, beliau menceritakan peristiwa beliau ditembak dan terkeluar isi perut kerana ditembak dan beliau menahan sakit dengan menekapkan garam ketempat tembakan sehinggalah isi perutnya yang terkeluar mngecut dan masuk semula ketempat asal. 
Pengorbananmu disanjung tinggi Kanang Anak Langkau. R.I.P
1945-3 Januari 2013
Rasa bertuah dapat bertemu tokoh negara ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...