Pages

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru!!!

Selamat meraikan Hari Guru buat seluruh warga pendidik tidak kira dimana jua anda berada...
Terutamanya yang pernah mendidik saya, warga Pendidik di Sk Selancar 2, SMK Seri Pekan dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
Specially dedicated to:
Cikgu Ariffin bin Sahran, Cikgu Radzi, Cikgu Zamilah of SKSD, Cikgu Mahiyah, Cikgu Adon bin Saryon, Cikgu Wan Abdullah bin Wan Chik, Ustazah Norehan dan Cikgu Azhari bin Tauhid of SMK Seri Pekan.
Last but not least, Miss Gan Fei Chuen, Cikgu Nurul Salmi of KMNS.
May Allah bless all of U... 

Selasa, 15 Mei 2012

Eksplorasi Gua Tempurung.

Pagi ni awal-awal pagi lagi aku dah bersiap-siap untuk ke Gopeng, Perak bersama-sama rombongan 38 orang peserta untuk eksplorasi Gua Tempurung. Jam 7.30 pagi tayar bergolek dan kami tiba tepat jam 9.30 pagi, lebih kurang 2 jam perjalanan jika trafik lancar. Sampai kat sana, terus buat pembayaran tiket dan bersiap-siap untuk masuk gua. Kami ambik pakej 4: Grand Tour dengan harga RM 22.00... Nak sangat adventure kan.. untuk info pasal tour ni, boleh check kat sini.
Gua Tempurung terletak di Gopeng Perak, bersebelahan dengan lebuhraya Utara-Selatan. Namanya diambil sempena bentuknya yang seakan-akan tempurung kelapa. Gua batu kapur ini dikatakan telah wujud sejak 8000 S.M. lagi. Panjangnya 1.9 km mengikut laluan sungai dan mempunyai 5 kubah besar menyerupai tempurung kelapa. Sejarahnya, gua ini pernah menjadi tempat persembunyian komunis sekitar tahun 1950-1960 dan juga merupakan tempat melombong timah sekitar tahun 1970.
Lampu dipasang sepanjang laluan yang disediakan dalam gua. Pantulan cahaya berwarna oren memberikan pemandangan gua yang sangat cantik. 
'The lady'
Tengkorak?
Persiapan aku nak masuk gua ni, aku bawak satu kamera kecik aku ni dengan satu botol kedap air untuk isi kamera dan yang paling mustahak, lampu suluh. Kalau tak bawak lampu suluh, memang naya la... sebab dalam gua ni lagi gelap daripada malam. Pakej aku ambik ni adventure, masuk dalam air. Disebabkan kamera ni cikai je, tak waterproof pun, kn la simpan elok-elok dalam botol. 
Di gua batu kapur yang sangat tua ni, banyak kesan-kesan di dinding gua yang menghasilkan pelbagai bentuk dan corak bagi sesiapa yang mempunyai imaginasi yang tinggi.. but obviously this one sangat jelas muka seorang pompuan dan yang sebelah tu ada rupa tengkorak.
Nak turun dari 'Top of The World' langkah diatur dengan cermat supaya tak tergelincir sebab tangga tu daripada besi, agak basah juga. Risau tergelincir, tambah pula tangga tu sangat tinggi, ketar lutut beb.
'Top of The world' adalah puncak tertinggi dalam gua ni dengan ketinggian 125 m dari aras laut.
Sebuah batu yang ada tulisan cina. Ditulis oleh pelombong timah satu ketika dulu. Di bawahnya adalah peralatan lombong yang ditinggalkan. Pengiring kami memberitahu, tulisan tu ditulis sebagai ingatan kepada pelombong lain tentang kejadian ombak besar dari sungai dalam gua tu. Mungkin sewaktu hujan lebat.
Stalaktit dan Stalagmit... Hebatnya sang pencipta..
Nak kena merangkak pulak...
aku rasa tinggi lebih kurang 8 kaki.. agak luas kat sini. 
dah nak sampai ke hujung gua.. nampak cahaya dari jauh.
Perjalanan sampai ke hujung gua akhirnya. 2 jam mas nak sampai sini. Aku ingatkan dah habis dah.. rupa-rupanya cabaran baru saja bermula. 

Memanjat batu-batu yang licin, silap langkah boleh tergelincir. Turun menggelungsur atas batu sampai panas bontot aku... Merangkak lagi, dan jalan ikut laluan sungai. Waktu inilah aku merasakan betapa cantiknya ukiran-ukiran semulajadi yang terjadi daripada proses-proses semulajadi. Nampak macam lembut tetapi keras. Sayang seribu kali sayang tak sempat nak ambik gambar. 
Perjalanan kami ikut laluan air berakhir di pintu kami masuk, betul-betul bawah laluan masuk. Lebih kurang 4 jam nampaknya perjalanan kami. Agak keletihan tetapi pastinya kenangan yang sukar dilupakan. 

"Tak sama orang yang hanya melihat dan mendengar pengalaman orang dengan orang yang merasai sendiri pengalaman tu.."

Jumaat, 11 Mei 2012

Satu ketika - CEMACS, MukaHead,

Selongkar gambar lama dalam laptop, teringat kenangan semasa di tahun pertama sebagai pelajar pusat pengajian sains kajihayat, sekitar Disember 2009... Kami semuanya wajib mengambil subjek praktikal ekologi di Pusat Kajian Samudera dan Pantai @ Centre for Marine and Coastal Studies di MukaHead, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Peristiwa lalu yang mengimbau kenangan...
Pejabat Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang
Naik bot ke CEMACS



'Buah laut' sebesar ibu jari orang dewasa.
Atas kiri: Obor-obor yang terdampar kat pantai apabila air surut, ketam (Mr Crab) dan Tapak Sulaiman (Patrick Starfish).

Jeti CEMACS waktu senja... sekarang ni dah berbumbung.
Pantai di depan CEMACS... sangat cantik
Naik bot untuk pulang ke Teluk Bahang
Gambar terakhir sebelum bertolak balik. Selamat tinggal MukaHead.
 "Hidup tak selalunya indah, tetapi yang indah itu selamanya dalam kenangan"... 

Selasa, 1 Mei 2012

Photolog: Jakarta-Bandung

Cerita dan peristiwa di jakarta-Bandung Indonesia selama 5 hari 4 malam disana bersama teman seperjuangan yang sangat dirindui. Tak terungkap dengan kata-kata, hanya gambar-gambar menjadi bukti, betapa peristiwa mnjadikan kita lebih akrab dan muafakat.

Hari pertama: kami bergerak ke Jakarta... Pesawat KLM KL0809 berlepas dari KLIA jam 4.20 pm waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia jam 5.20 pm waktu tempatan (jam 6.20 waktu Malaysia). Penerbangan kami lebih kurang 2 jam. Jam di Indonesia lebih sejam lebih awal berbandin masa Malaysia. Jam 6.00 petang disini matahari sudah terbenam. 
Destinasi kami seterusnya, makan malam di Restoran Masakan Padang Sederhana, kota Jakarta. 
Penginapan kami untuk 2 malam di Kota Metropolitan Jakarta, Hotel Harris... Alhamdulillah, selesa. Malam pertama di Jakarta, masa dihabiskan di bilik sahaja kerana masih lagi keletihan. 

Hari kedua: Panorama pagi di Jakarta.
Petempatan penduduk yang padat, masjid masih lagi mendominasi panorama pagi... agak kurang bangunan tinggi kelihatan..
Hari minggu di Jakarta... Jalannya sangat sibuk..
Cerita kami untuk hari kedua ini di Taman Mini 'Indonesia Indah' Katanya, cukup sahaja melawat disini untuk melihat keseluruhan Indonesia.. Mungkin 1 hari tak mencukupi untuk melihat keseluruhan taman ini.
Peniaga di tepi jalan... gigih mencari rezeki tak kira walau dimana pun. yang penting rezeki itu halal.
rumah Riau, di Taman Mini Indonesia.. sarat dengan ukiran dan nilai estetika... beratap genting dan bertangga konkrit.. saling tak tumpah seperti rumah melayu tradisional di Malaysia.
Lain-lain binaan di sini:
Koleksi gambar-gambar rumah tradisional Indonesia.
Pohon Beringin yang ditanam oleh Perdana Menteri Papua New Guinea, Sir Julius Chan K.B.E. pada 13 Disember 1980... lebih 3 dekad dan masih teguh berdiri..

 Replika menara Monas
Rasa sungguh bertuah... berpeluang menyaksikan persembahan yang amat jarang dilihat... beginilah cara sebahagian rakyat mereka mencari rezeki...
Melihat keberanian kanak-kanak itu, rasanya, tidak mungkin aku sanggup untuk melakukan aksi begini.
Sehari di Taman Mini Indonesia tidak mencukupi untuk kuhabiskan melihat 'keseluruhan' Indonesia. Ditambah pula dengan faktor cuaca, hujan di tengah hari menyebabkan banyak masa kami dihabiskan di Gerai makanan sahaja. Menunggu hujan berhenti sambil berbual-bual bercerita hal masing-masing.
Kami pulang petang itu dalam keletihan dan malam itu tidak kemana-mana kerana malam disini mati.. tidurlah kami di bilik hotel sahaja.

Hari Ketiga: Bertolak ke Bandung, Indonesia.




Sempat bergambar sebelum menaiki bas ke Bandung. 

Tidak berapa jauh dari hotel penginapan. Mungkin memberikan sedikit gambaran tentang realiti kehidupan.
Panorama Padi Bukit, di tepian lebuhraya ke Kota Bandung. Kehijauan dan kedamaian yang mengasyikkan.. 
sebuah masjid yang cantik, di hentian tempat kami berhenti makan.

Tiba di Kota Bandung...
 "Aku orang Indonesia, Aku cinta pada bahasa Indonesia, Aku bangga pada bahasa Indonesia, Aku setia pada bahasa Indonesia".. Inilah namanya jati diri...
Ceita tentang kehidupan...
 Shopping Time di Pasar Baru, Bandung. Misi mencari buah tangan untuk keluarga dan sahabat handai..
Malam itu kami menghadiri majlis makan malam di Universitas Padjajaran.

Sempat juga belajar bermain angklung. Satu pengalaman baru dalam hidupku.. 
Sebelum dinner di depan Hotel Golden Flower, Bandung
Keesokan harinya, berseminar selama 3 hari 2 malam di Hotel Golden Flower, Bandung.
3 hari berseminar... hari terakhir dibandung sempat lagi berkunjung ke Dago factory outlet.. Malam itu, terus kami pulang ke Jakarta untuk persiapan penerbangan pada hari esok. Di Airport, setiap pengunjung yang keluar daripada Indonesia akan dikenakan cukai sebanyak Rp 150,000.00... Jadi, jangan lupa masukkan dalam budget siap-siap kalau berkunjung kesini ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...