Pages

Sabtu, 29 September 2012

My Mom's Orchid

Pulang ke rumah buat seketika. Yang paling ketara, orkid di laman rumah rancak berkembang mekar, semuanya koleksi emak yang sangat disayanginya. Sanggup berbelanja dan meluangkan masa demi orkidnya. Untuk itu jugalah ayah dan aku membuat sendiri pondok teduhan untuk orkid emak tu.. Kerana orkid itu kesayangannya.. entry khas sebahagian koleksi orkid dari laman peribadi.
Ada sesiapa yang pakar dalam orchid taxonomy? Boleh tolong saya kenalpasti nama saintifik orkid ni.. 

Jumaat, 28 September 2012

Yang menarik dalam Bajet 2013

Hari ini, 28 September 2012, di Dewan rakyat, YAB PM telah membentangkan bajet 2013 yang berjumlah 251.6 Billion RM. Antara yang menarik:

1. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum sehingga RM 5000.00.
2. Suruhanjaya sekuriti perkenal Graduate representative program untuk melatih 1000 graduan di sektor swasta.
3. Pelarasan pencen minimum RM 820.00 bagi pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.
4. Caj bayaran pemprosesan pasport bg warga emas dan kanak-kanak bawah 12 tahun dikurangkan 50%.
5. Insentif khas RM200.00 sebulan bagi warga ATM.
6. Elaun khidmat bertugas bagi anggota biasa dianikkan menjadi RM 6.00 dan pegawai RM 7.80 bagi pasukan simpanan angkatan tentera.
7.  Sumbangan RM 1000.00 one-off payment bagi bekas tentera yang bersara awal tanpa pencen.
8. Skim perlindungan insurans berkelompok bagi tentera dan polis yang sedang berkhidmat.
9. Rebat RM200.00 (one-off) bagi pembelian telefon 3G melalui pengedar rasmi untuk belia berumur 21-30 tahun.
10. RapidKuantan mulai 1 Disember 2012.
11. Diskaun 50% KTM Komuter bagi semua rakyat Malaysia berpendapatan RM 3,000 kebawah.
12. BR1M 2.0 dengan tambahan bantuan RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun keatas yang bergaji bawah RM2000
13. Bantuan persekolahan RM100 untuk pelajar sekolah.
14. Diskaun 20% bagi yang membayar pinjaman PTPTN sekaligus dan diskaun 10% setahun bagi yang membayar secara konsisten.
15. Bonus 1 1/2 bulan gaji bagi penjawat awam.

sekian.. mungkin ada yang kata bajet pilihanraya, gula-gula dan sebagainya... tapi, bagi aku, bajet 2013 antara yang terbaik. Apa yang penting semua dapat manfaat.... 
"Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati"

Isnin, 24 September 2012

Photolog: Dua Dunia

Tahun 2009-2012..  tiga tahun di Universiti Sains Malaysia banyak mengajar tentang erti kehidupan, susah, senang, pahit, manis menjadi rempah dalam mendewasakan. Semalam mungkin sebiji benih, hari ini dah mula bercambah... semoga hari esok terus bersinar memberikan kehidupan. Sesungguhnya hari esok  adalah misteri dan hanya kepada yang maha Esa kumohon semoga liku-liku kehidupan selepas ini dapat kutempuhi.
Full time student
Dengan 'coursemate' gambar awal semasa baru menjejakkan kaki ke USM dengan Zulfa, Salam, Amiru dan Naim
Bersama pasukan bola Bio. Boys club. Gambar tahun pertama di padang Minden.
Bersama 'Labmate' Makmal Tisu kultur. Terima kasih kepada senior-senior yang banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar. 20 September 2012
Part time army
Nasib junior.. dalam upacara 'mandi bunga'. Masa ni baru aku mengerti maksud ayat ni "bukan senang nak senang"
Telah selamat ditauliahkan dalam Rejimen Askar Wataniah dengan pangkat Leftenan Muda. Tanggal 17 Julai 2012 tersemat dalam ingatan
Kali pertama memakai baju No.3 sebaik sahaja ditauliahkan. Bersama skuad TP yang tinggal. 
Kenangan 3 tahun di USM banyak mengajar erti kehidupan. Tanpa semangat dan teman seperjuangan, dan pastinya, tanpa izin yang Maha Esa tidak mungkin aku dapat bergelar graduan dengan pangkat Leftenan Muda. Untuk semua sahabat dan rakan.. terima kasih.
Rama-rama yang cantik bukanlah secara tiba-tiba menjadi rama-rama. Asalnya hanyalah seekor ulat beluncas. Andainya ia tidak berusaha untuk berubah pastinya ia tak akan menjadi rama-rama. Manusia yang baik akalnya, sempurna tubuhnya jika tidak berusaha pasti tak kemana.


Terima kasih Mak dan Abah yang banyak mendoakan kejayaan saya... 

Ahad, 2 September 2012

Kita Merdeka?


VS
Kalau mereka ini berbangga dengan 'Sang Saka Malaya', aku dan 99.99% rakyat Malaysia masih lagi berbangga dengan 'Jalur Gemilang', Panji kebanggaan Malaysia tercinta.
Apakah salah dan berdosa selama 55 tahun Malaysia merdeka, kita kibarkan Jalur Gemilang ini? 
Adakah mereka malu Jalur Gemilang macam bendera Amerika tapi tak malu pula mengibarkan 'Sang Saka Malaya' yang tidak jauh berbeza daripada Indonesia dan Singapura... What a shame..
-Long live Malaysia-Negara kita, cara kita-
................................................................................................
Sekitar Himpunan Janji ditepati, 31 Ogos 2012, Stadium Bukit Jalil.
Penumpang LRT turun ke Bukit Jalil (jam 8.00 pm)
Tak ramai pun orang kat Stadium Bukit Jalil. Seat tak penuh pun... cuma stadium sesak je, sampai ramai terpaksa duduk kat luar.
Selamat Hari Merdeka ke-55 untuk semua rakyat Malaysia, walau dimana anda berada... 
I am Malaysian, I am Malay, I am Muslim. From me with Peace.

"Tak ramai yang sanggup menjadi pejuang, daripada pejuang itu, tak ramai yang benar-benar ikhlas... Dalam setiap kita, yang benar-benar ikhlas itulah pemenang."

Anak Merdeka

31 Ogos 1957-31 Ogos 2012... 55 tahun Malaysia Merdeka. Bermula dengan sejarah tamadun lebih kurang 2000 tahun, dengan empayar ulung seperti Kedah Tua, Johor Riau, Srivijaya, Melaka, sehinggalah era penjajahan Melaka pada 1511 yang menjadi tarikh terawal bermulanya era penjajahan semenanjung emas ini. Silih berganti anak watan dibiarkan terumbang-ambing nasibnya dibawah penjajahan Portugis, British, Jepun dan sehinggalah penindasan oleh Pengganas Komunis, tarikh 31 Ogos 1957 adalah hari yang penuh bersejarah yang menandakan rakyat di bumi Malaysia yang tercinta ini bebas menentukan nasib dan masa depan mereka sendiri. 
Merdekanya tanah ini, dinamakan Persekutuan Tanah Melayu, kemudian menjadi Malaya dan terakhir sekali menjadi Malaysia apabila Sabah dan sarawak menjadi sebahagian daripada negara bertuah ini.
Bertuahnya bumi Malaysia ini, rakyatnya pelbagai, makmur dan selamat. Kita telah lama dijajah, didoktrin oleh bangsa asing, kini masanya kita menentukan masa depan kita sendiri. Hari ini, kita perlu sedar, kita mempunyai sebuah negara dinamakan Malaysia, berbanggalah kita dengan 'Jalur Gemilang', 'Bunga Raya', 'Angkatan Tentera Malaysia', 'Putrajaya' dan 'FELDA', yang menjadi antara simbol kebanggaan kepada negara ini. Sebagai orang Melayu, aku bangga dengan ketumbukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), yang sentiasa gigih memastikan keselamatan negara sentiasa dipelihara. Aku bangga dengan Putrajaya, antara bandar yang diasaskan oleh orang Melayu, dengan dikelilingi tasik yang indah, bangunan yang mempunyai nilai estetika yg tinggi, menjadi tanda bermulanya tamadun Melayu-Malaysia yang baru. Aku bangga dengan FELDA yang telah berjaya mengubah hidup lebih satu juta rakyat Malysia pada hari ini. Terima kasih Tun Razak. 
Semoga limpahan rezeki dan nikmat yang kita ada pada hari ini, terus berpanjangan.....
Pemimpin dahulu berjuang untuk memerdekakan negara, pemimpin sekarang sepatutnya berjuang denga lebih gigih dalam memastikan generasi Malaysia ini terus merdeka.
"Memerdekakan negara ini susah, memastikan ia terus merdeka lebih susah"... Lt. M. Mohamad Isa b Hasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...