Gua Tempurung terletak di Gopeng Perak, bersebelahan dengan lebuhraya Utara-Selatan. Namanya diambil sempena bentuknya yang seakan-akan tempurung kelapa. Gua batu kapur ini dikatakan telah wujud sejak 8000 S.M. lagi. Panjangnya 1.9 km mengikut laluan sungai dan mempunyai 5 kubah besar menyerupai tempurung kelapa. Sejarahnya, gua ini pernah menjadi tempat persembunyian komunis sekitar tahun 1950-1960 dan juga merupakan tempat melombong timah sekitar tahun 1970.
Lampu dipasang sepanjang laluan yang disediakan dalam gua. Pantulan cahaya berwarna oren memberikan pemandangan gua yang sangat cantik. |
'The lady' |
Tengkorak? |
Di gua batu kapur yang sangat tua ni, banyak kesan-kesan di dinding gua yang menghasilkan pelbagai bentuk dan corak bagi sesiapa yang mempunyai imaginasi yang tinggi.. but obviously this one sangat jelas muka seorang pompuan dan yang sebelah tu ada rupa tengkorak.
'Top of The world' adalah puncak tertinggi dalam gua ni dengan ketinggian 125 m dari aras laut.
Stalaktit dan Stalagmit... Hebatnya sang pencipta.. |
Nak kena merangkak pulak... |
aku rasa tinggi lebih kurang 8 kaki.. agak luas kat sini. |
dah nak sampai ke hujung gua.. nampak cahaya dari jauh. |
Perjalanan sampai ke hujung gua akhirnya. 2 jam mas nak sampai sini. Aku ingatkan dah habis dah.. rupa-rupanya cabaran baru saja bermula.
Memanjat batu-batu yang licin, silap langkah boleh tergelincir. Turun menggelungsur atas batu sampai panas bontot aku... Merangkak lagi, dan jalan ikut laluan sungai. Waktu inilah aku merasakan betapa cantiknya ukiran-ukiran semulajadi yang terjadi daripada proses-proses semulajadi. Nampak macam lembut tetapi keras. Sayang seribu kali sayang tak sempat nak ambik gambar.
Perjalanan kami ikut laluan air berakhir di pintu kami masuk, betul-betul bawah laluan masuk. Lebih kurang 4 jam nampaknya perjalanan kami. Agak keletihan tetapi pastinya kenangan yang sukar dilupakan.
"Tak sama orang yang hanya melihat dan mendengar pengalaman orang dengan orang yang merasai sendiri pengalaman tu.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan