Pages

Sabtu, 30 Jun 2012

Evolusi Masjidilharam

Masjidilharam terletak di Kota Mekah, Arab Saudi, di dalamnya sebuah bangunan berbentuk kiub dipanggil Kaabah yang menjadikannya tumpuan umat Islam seluruh dunia terutamanya ketika musim Haji pada bulan Zulhijjah menurut kalendar Islam. 
Bertambahnya umat Islam di muka bumi ini menuntut pembesaran masjid yang paling suci dalam Islam ini bagi menampung jemaah haji dari seluruh pelosok muka bumi ini.
Evolusi Masjidilharam...
Masjidilharam ini bukanlah sepertimana hari ini. Seiring perkembangan ketamadunan dan peradaban manusia, nilai estetika wujud dalam senibina Islam. berkembangnya teknologi pembinaan menjadi pemangkin perkembangan Masjidilharam ini. 
Perkembangan ini berpusatkan Kaabah yang menjadi teras kepada masjidilharam dan juga kiblat umat Islam dari segenap inci muka bumi ini. 
Ketika zaman Quraisy, kawasan sekitar kaabah dilapangkan dan tidak berdinding manakala kegiatan ekonomi berkembang pesat di sekitarnya. Sehinggalah ketika zaman pemerintahan Umar Al khattab pada 638 M, Khalifah Islam yang kedua ini telah menggunakan duitnya sendiri membeli rumah-rumah di sekitar kaabah bagi meluaskan lagi kawasan Masjidilharam. 
Masjidilharam pada 1850
Masjidilharam berbentuk petak
Menara terawal di Masjidilharam telah didirikan oleh khalifah Almansur dari kerajaan Abbasiyah pada 706 M dan kemudiannya musnah pada tahun 1552 M. Sultan Sulaiman kemudiannya telah menggantikan dengan yang baru ditapak asalnya dengan nama yang sama.
Kemudian pada 789 M, Khalifah Mahdi dari kerajaan Abbasiyyah telah membangunkan menara bab Assalam dan kemudiannya beberapa menara lagi yang dinamakan menara Bab Ali, dan menara Bab Al hazurah atau Bab Wida'. 
Pada 905 M, Khalifah Al-Mu'tadhid dari kerajaan telah membangunkan menara Bab Az-ziadah dan pada 1501 M pula, Kait bait membangunkan menara kait Bait dan akhirnya menara Assulaimaniah telah didirikan.
masjidilharam selepas pembesaran pada 1955-1976
Pembesaran Masjidilharam telah dilakukan secara besar-besaran sewaktu pemerintahan Raja Abdul Aziz Al-Saud pada tahun 1955-1976 telah meluaskan lagi Masjidilharam. 
Semasa pembesaran sekitar tahun 1988-1995 M
Sewaktu era pemerintahan Raja Fahd, keluasan Masjidilharam telah menjadi 117,480 m persegi dan ketika itulah pertama kalinya alat penghawa dingin diperkenalkan di Masjidilharam. Pembesaran ini telah menambah pintu Bab Al malik Fahd dengan dua menara. 
Masjidilharam pada 2006 M
Sempurna pembesaran Masjidilharam pada 1998, masjid ini mempunyai sembilan menara dan enam pintu utama dikenali sebagai Bab As-salam, Pintu Fatah, Pintu Umrah, Pintu Abdul Aziz dan Pintu Almalik Fahd. Ketika zaman pemerintahan Almalik Abdul Aziz, kawasan sa'i telah diperbesarkan daripada 2 lorong menjadi 4 lorong pada tahun 2006 dengan mengambil sedikit ruang solat di Bab Assalam. 
Masjidilharam pada 2011 M
Sejak tahun 2009, usaha meluaskan lagi Masjidilharam dilaksanakan dengan lebih meluas dibawah pemerintahan Raja Abdullah. Projek yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab saudi ini melibatkan pembangunan di bahagian utara Masjidilharam. 
Gambaran Masjidilharam setelah siap
Dijangka siap pada 2013, pembesaran masjidilharam ini akan menjadikan bentuk masjidilharam kearah bulatan dengan kaabah menjadi pusatnya. Pembesaran ini menambah lagi dua buah menara dan masjid ini akan menjadi masjid terbesar dengan kapasiti 1.5 juta umat Islam pada satu-satu masa. Nampaknya Masjidilharam akan mempunyai satu lagi pintu yang mungkin sekali dinamakan Pintu Abdul Aziz di bahagian utara Masjidilharam.


~dalam hati teringin nak kesana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...