Pages

Ahad, 2 September 2012

Anak Merdeka

31 Ogos 1957-31 Ogos 2012... 55 tahun Malaysia Merdeka. Bermula dengan sejarah tamadun lebih kurang 2000 tahun, dengan empayar ulung seperti Kedah Tua, Johor Riau, Srivijaya, Melaka, sehinggalah era penjajahan Melaka pada 1511 yang menjadi tarikh terawal bermulanya era penjajahan semenanjung emas ini. Silih berganti anak watan dibiarkan terumbang-ambing nasibnya dibawah penjajahan Portugis, British, Jepun dan sehinggalah penindasan oleh Pengganas Komunis, tarikh 31 Ogos 1957 adalah hari yang penuh bersejarah yang menandakan rakyat di bumi Malaysia yang tercinta ini bebas menentukan nasib dan masa depan mereka sendiri. 
Merdekanya tanah ini, dinamakan Persekutuan Tanah Melayu, kemudian menjadi Malaya dan terakhir sekali menjadi Malaysia apabila Sabah dan sarawak menjadi sebahagian daripada negara bertuah ini.
Bertuahnya bumi Malaysia ini, rakyatnya pelbagai, makmur dan selamat. Kita telah lama dijajah, didoktrin oleh bangsa asing, kini masanya kita menentukan masa depan kita sendiri. Hari ini, kita perlu sedar, kita mempunyai sebuah negara dinamakan Malaysia, berbanggalah kita dengan 'Jalur Gemilang', 'Bunga Raya', 'Angkatan Tentera Malaysia', 'Putrajaya' dan 'FELDA', yang menjadi antara simbol kebanggaan kepada negara ini. Sebagai orang Melayu, aku bangga dengan ketumbukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), yang sentiasa gigih memastikan keselamatan negara sentiasa dipelihara. Aku bangga dengan Putrajaya, antara bandar yang diasaskan oleh orang Melayu, dengan dikelilingi tasik yang indah, bangunan yang mempunyai nilai estetika yg tinggi, menjadi tanda bermulanya tamadun Melayu-Malaysia yang baru. Aku bangga dengan FELDA yang telah berjaya mengubah hidup lebih satu juta rakyat Malysia pada hari ini. Terima kasih Tun Razak. 
Semoga limpahan rezeki dan nikmat yang kita ada pada hari ini, terus berpanjangan.....
Pemimpin dahulu berjuang untuk memerdekakan negara, pemimpin sekarang sepatutnya berjuang denga lebih gigih dalam memastikan generasi Malaysia ini terus merdeka.
"Memerdekakan negara ini susah, memastikan ia terus merdeka lebih susah"... Lt. M. Mohamad Isa b Hasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...