Balik bercuti sesuatu yang dinanti-nanti. Sampai di rumah, bersalam dengan mak dan ayah aku terus ke tanah, keliling rumah semata-mata mencari apa yang sudah berubah.
Di hadapan rumah, rumput kerpet yang kutanam telah menghijau. Alhamdulillah, tanah subur.
Di sebelah kiri rumah, dua pokok pisang Tanduk dan anak pokok Pisang Cavendish sudah tiada. Mak kata mati kerana serangan ulat. Mungkin tiada rezeki merasa pisang Cavendish kutanam sendiri. Mujur, Pisang Rempineng di sebelah kanan rumah tak kena serangan ulat. Buahnya dah besar. Tunggu masa untuk dituai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan