Pages

Jumaat, 1 Februari 2013

Korea Selatan Day 1

Berpeluang berkunjung ke negara orang memang seronok. Kali ini, kunjungan sebenarnya atas tujuan membuat penelitian berkaitan pembangunan projek Saemaul Undong di Korea Selatan. Kami seramai 42 orang semuanya. Sebagai sampingan, kami dibawa melawat sekitar Korea Selatan bagi melihat pembangunan dan budaya rakyat Korea Selatan.
Pagi ini kami bergerak awal ke LCCT, sekitar jam 6.00 pagi kami ke sana kerana penerbangan kami dijadualkan pada jam 8.50 am waktu Malaysia. Kami tiba di LCCT pada jam 6.00 pagi dan terus check-in. Selepas itu kami membuat persiapan masing-masing dan clear baggage dan terus ke tempat menuggu. Flight kami, mula berlepas tepat jam 8.50 pagi. Destinasi kami, Incheon Airport, Korea Selatan.


Kami tiba ke lapangan terbang Incheon, pada jam 4.10 pm waktu Korea. Di Korea, jam 1 jam lebih cepat berbanding Malaysia. Sampai disini hari sudah mula gelap dan ketibaan kami disambut oleh Izzat, kontek kami disana dan juga Mr Lee Moon Il, penyelia pengangkutan darat sepanjang kami di Korea. Cuaca sangat sejuk disini, mencecah -c memandangkan waktu ini musim sejuk disini.

Tempat mengambil baggage di Incheon



Memberikan taklimat ringkas perjalanan sepanjang di Korea
Sewaktu semua peserta siap menaiki bas, dan bas mula berjalan, kami gempar, 3 orang peserta hilang. Kami berpatah balik ke Airport dan mula mencari. Memandangkan masalah komunikasi dan kami pula tidak dapt membeli kad sim telefon, komunikasi agak susah dan mujurlah ada talian internet dan bolehlah kami berhubung dengan mereka. Rupanya mereka pergi menghisap rokok sewaktu semua peserta mengangkat barang masuk ke bas. Bersyukur aku, mereka semua dapat dijumpai. Namun, suasana agak tegang seketika kerana ketua rombongan kami, Datuk Ahmad Faiz agak marah kerana mereka tidak memberitahu sesiapa mereka pergi kemana. Perjalanan kami ke Itaewon sunyi seketika didalam bas. 

Kami berjalan kaki ke restoran dari jalan besar kerana disini agak berbukit dan lorong sempit menyebabkan bas tidak dapat masuk. Mujurlah Izat ada disitu membantu kami menunjukkan jalan.
Malam ini, kami makan malam di sebuah restoran ala-ala mamak dan aku pun tidak pasti sama ada daripada Pakistan atau Timur Tengah, tapi Izzat dah maklumkan makanan disini Halal. Percaya pada Izzat kami tidak banyak soal, terus menjamu selera. Kami disitu bersama-sama pegawai dari Kedutaan Malaysia sehinggalah kami selesai makan malam. Izzat maklumkan, di Itaewon banyak kedai makanan halal kerana banyak warga asing dari Timur Tengah beragama Islam di sekitar Itaewon ini. Di sini juga terdapat masjid terbesar di Seoul, tetapi kami tidak berkesempatan kesitu pada malam ini.

Itaewon Street
Selesai makan malam, kami bergerak ke Phil House Guesthouse yang terletak di Gwangjin-Gu. Di sini berdekatan dengan stesen Achasan yang terletak kira-kira 5 minit berjalan kaki sahaja. Terletak dikawasan sedikit berbukit, tingkat bawah terletak kedai runcit 24 jam dan untuk ke Philhouse perlu menaiki tangga ke tingkat atas. 
Check in bilik, sangat selesa untuk Guesthouse. Kami terus menghidupkan heater kerana kesejukan. Hari pertama berakhir disini kerana kami keletihan perjalanan lebih kurang 6 jam di dalam kapal terbang dan juga perjalanan darat yang lama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...