Pages

Selasa, 26 Februari 2013

Jom Belajar Sejarah Korea Selatan

Kali ni kita akan belajar sejarah Korea Selatan melalui duit kertas won. Ye, dengan Not-not kertas. Sebelum itu, matawang Korea Selatan dikenali sebagai Won. 1000 KRW lebih kurang 3.00 MYR. wang kertas mereka hanya ada nilai 1000, 5000, 10000 dan 50000 sahaja. 


Nampak gambar perempuan tu? Itulah gambar Shin Saimdang, seorang penulis syair dan juga pelukis kaligrafi. Beliau merupakan ibu kepada Yulgok, seorang Ilmuan Confucius di Korea. Beliau juga terkenal dengan jolokan nama Eojin Eomeoni (Wise Mother) Beliau  berkahwin dengan Komander Yi Won-Su semasa berusia 19 tahun. Memandangkan beliau tidak mempunyai adik-beradik lelaki, beliau telah diberikan pendidikan dimana zaman beliau hanya lelaki sahaja yang mendapat pendidikan dan hal ini memberikan kesan terhadap cara beliau mendidik anak sehinggakan berjaya melahirkan seorang ilmuan terkenal iaitu Yulgok. Sumbangan terbesar beliau sehingga diabadikan dalam not terbesar ini kerana peranan beliau yang telah melahirkan dan mendidik anaknya sehingga berjaya seperti Yulgok. Beliau telah meninggal dunia secara tiba-tiba ketika berusia 48 tahun di Pyongan. Namanya masyhur kerana hasil kerja beliau dalam kaligrafi dan penulisan sajak. Seperti ungkapan bijak pandai; Tangan yang lembut menghayun buaian mampu menggegar dunia.


Inilah dia salah seorang anak kepada Shin Saimdang, Yi I atau juga dikenali sebagai Yulgok. Beliau merupakan salah seorang ilmuan dan juga seorang tokoh politik terkemuka semasa Dinasti Joseon. Beliau dilahirkan pada 1536 M di Gangneon, di wilayah Gangwon. Beliau juga pernah mecadangkan kepada kerajaan Korea ketika itu untuk mempersiapkan ketenteraan kerana bimbang tentang ancaman Jepun namun ditolak. Bagaimanapun, kebimbangan beliau terbukti apabila tercetusnya peperangan Imjin (Imjin War) atau Korean war (1592-1598), peperangan antara Korea dan Jepun selepas kematiannya. Kerajaan Republik Korea juga turut megabadikan namanya dalam 'Projek Yulgok', sebuah projek pemodenan angkatan ketenteraan Korea Selatan. 

Di not 10000 ini pula ialah King Sejong The Great yang merupakan mahaja keempat Dinasti Joseon, menaiki takhta pada 1418. Beliau juga yang telah mengarahkan ilmuan-ilmuan ketika itu untuk mencipta sistem tulisan Korea seperti sekarang memandangkan ketika itu rakyat menggunakan sistem tulisan dari China dan tidak semua rakyat berkemampuan untuk belajar menulis tulisan China dan ini menyukarkan urusan pentadbiran apabila memo beliau tidak dapat sampai kepada rakyat sepenuhnya.
dari segi keselamatan negara, beliau membangunkan teknologi ketenteraan melalui pembinaan meriam, panah dan juga penggunaan serbuk peledak (gunpowder).
Beliau juga turut mencipta jam matahari seperti di belakang not 10000 ini untuk memudahkan petani mengetahui musim bertani.
Beliau dikatakan terlalu memikirkan rakyat beliau sehingga terlupa untuk makan dan minum. Kebanyakan masa beliau digunakan untuk membaca, berbincang bersama pembesar-pembesar negara bagi memajukan negara.

Not 1000 ini pula merupakan gambar Yi Hwang ataupun nama penanya Teogye, seorang ilmuan Confucius semasa Dinasti Joseon. 40 tahun perkhidmatan, beliau sempat berkhidmat dengan empat orang raja iaitu; Jungjong, Injong, Myeongjong dan Seonjon. Toegye Studies Institute telah ditubuhkan di Seoul pada 1970 bagi memperingati jasanya. 

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama..
Selagi hidup selagi itu berbakti, nescaya diingati, namamu diabadi.

updated: 26 Februari 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...