Pages

Selasa, 12 Februari 2013

Korea Selatan: Perspektif TKJ

Peluang mengunjungi negara orang bukan semata-mata melancong tetapi haruslah mempunyai tujuan yang lebih besar iaitu memerhati budaya, sejarah dan tamadun sesuatu negara. Berikut adalah kesimpulan daripada pengamatan semasa kunjungan ke Korea Selatan. 

Korea Selatan selain daripada Jepun memang terkenal dengan ketekunan rakyatnya bekerja. Dan maklumat daripada Kak Zai (guide kami) pekerja-pekerja di Korea Selatan ini tidak akan pulang ke rumah selagi boss mereka tak balik. Lagi satu, sudah menjadi adat atau mungkin seakan-akan kewajipan disini, office mate akan minum sekali atau meluangkan masa selepas waktu bekerja bagi merapatkan hubungan antara mereka. Dari sudut ini, memang tidak dinafikan dan perlu kita contohi ketekunan mereka bekerja.

Rakyat Korea gemar menggunakan subway untuk bergerak dan ini tidaklah menghairankan kerana subway di Korea Selatan sangat effisyen ditambah pula dengan kos menggunakan pengangkutan sendiri yang mahal. Minyak petrol tiada subsidi dan kos parkir kereta juga mahal. Menurut Kak Zai kadar parkir disitu lebih kurang RM 30 sekali masuk. Terdengar rumours, Tren mereka ini yang sudah expired akan dihantar ke Malaysia untuk kegunaan tren di Malaysia pula (tak pasti betul atau tidak).
Subway di Seoul.. agak pening nak tengok. Sistem Subway mereka sangat effisyen dan memudahkan

Dari segi pemakanan, rakyat Korea banyak makan sayur-sayuran berbanding lauk-lauk. Setiap kali makan juga tidak dihidangkan air manis seperti kebiasaan di Malaysia tetapi hanya disediakan air kosong sahaja. Mereka juga jarang menggunakan minyak untuk memasak dan kebanyakan masakan mereka dengan steam atau rebus sahaja. Sebab tu lah, susah nak cari orang Korea yang gemuk dan sepanjang aku di sana, tak jumpa seorang pun yang gemuk.

Kopi adalah salah satu minuman kegemaran rakyat Korea dan banyak Coffee House boleh didapati di Korea Selatan. 

Setiap lelaki di Korea Selatan wajib menjalani khidmat ketenteraan selama dua tahun bagi memastikan mereka sentiasa siap sedia terhadap ancaman daripada Korea Utara memandnagkan mereka tidak pernah berdamai atau dalamn erti kata sebenar, mereka masih lagi berperang. Kesannnya kita dapat lihat masyarakat Korea Selatan sangat berdisiplin dan kita akan berasa selamat walaupun berjalan seorang diri pada tengah malam.

Sempat bergambar dengan askar Korea Selatan. Dia sedang menjalani 'Military service' dan mereka wajib memakai uniform selagi belum sampai ke rumah. Jumpa di Seoul Station.
Sewaktu aku mengndalikan tempahan bas, aku perasan sesuatu, orang Korea ni sangat teliti terutamanya masa dan lokasi. Aku selalu berurusan dengan syarikat bas di Malaysia, tetapi nampaknya kaedah dengan orang Korea ni lain sikit. Semuanya perlu dibuat dengan teliti.

Dari segi cara hidup dan pemakanan, tidak hairanlah jangka hayat penduduk di Korea Selatan agak tinggi itupun kalau tak bunuh diri.

Penduduk Korea ni tak suka berbahasa Inggeris dan kalau orang tanya dalam bahasa Inggeris memang diorang buat sombong tak nak layan. Aku dah pernah kena dah. Lain kali kena belajar bahasa Korea dulu kalau nak pergi lagi. Lagi satu sikap diorang ni, diorang berjalan laju tak seperti kita di Malaysia yang santai.

Tandas? Ada yang bersih dan cantik, dan ada juga yang tak berapa bersih. Cuma agak 'awkward' bila kebanyakan tandas mereka tak guna air untuk bersuci. Geli pulak rasa kalau guna tisu. Bagi aku, yang ni aku tak suka. Tapi toilet di Naminara ni memang santik..

Diorang punya tandas siap ada sudut membaca lagi... 

Lagi satu, penduduk di Korea ni satu ketika dahulu beragama Buddha, kemudian Kristian dan kini majoriti mereka free-thinker dan aku lebih suka guna 'agama kapitalis' sebab tu lah kalau susah-susah hidup je bunuh diri... 

Kesimpulannya, ada sesetengah perkara yang memang perlu kita ikut dan pelajari. Ada sesetengah yang lain, kita perlu kekalkan. Aku setuju dengan wawasan 2020, 'Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 mengikut ACUAN kita sendiri'. Tak perlulah kita menjadi terlalu AMERIKA ataupun terlalu KOREA, yang penting, jati diri sebagai warganegara dan muslim sentiasa dipelihara. 


'I Love Korea, but I Love Malaysia much more'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...